Full Width CSS

Orang Nak Beribadat Pun Ada Pihak Cuba Tabur Fitnah Lagi @Tabung_Haji

Dikala waktu ini sedang berlangsungnya musim ibadah Haji, tiba-tiba muncul juak juak yang tidak bertanggungjawab membawa perkhabaran palsu bernilai FITNAH menyebarkan berita menakut-nakutkan jemaah yang masih belum berangkat untuk mendepani kepayahan jika mahu berbelanja sewaktu berada di Mekah dan Madinah.


Viral semakin teruk di laman laman sosial dan mesej Whatsapp Group cuba memburuk-burukan imej negara yang sedang bergelut dengan krisis nilai matawang ringgit yang sedang susut sedikit sekarang ini.

Azeez Rahim agak kecewa dengan fitnah jahat ini kerana menurutnya keadaan kesemua jemaah dibawah seliaan Tabung Haji memang sangat teratur dan dijaga dengan baik.

Sebenarnya tidak timbul langsung isu jemaah haji membawa matawang ringgit ke tanah suci kerana setiap Maktab [iaitu hotel penginapan] memang tersedia ada pusat khidmat kewangan Tabung Haji.

Pusat khidmat ini lengkap dengan kaunter kaunter pengeluaran wang yang akan membayar dalam bentuk matawang Riyal buat setiap jemaah haji. Malah semua jemaah mendapat kesitimewaan kerana tidak pelu langsung membawa buku simpanan untuk urusan pengeluaran wang.

Cukup sekadar menunjukkan kad pengenalan Haji yang sentiasa digantungkan sepanjang tempoh berada disana, dan pihak Tabung Haji juga membenarkan pengeluaran walaupun hanya menunjukkan gelang tangan jemaah.

Maka disini jelas terbukti tidak ada logik kenapa harus mana mana jemaah kita bersusah payah mahu pergi merayau pergi mencari penukar wang asing dan membawa matawang ringgit...? Tidak masuk akal langsung !


Perkhidmatan dah disediakan di lobi tempat penginapan, kenapa pula jemaah mahu pergi berjalan jauh jauh mencari pusat kaunter penukar wang asing ?

Menurut Azeez lagi, setiap jemaah tidak perlu risau memikirkan masalah membawa wang tunai yang banyak kerana pengeluaran boleh dibuat di Maktab masing masing dan jumlah had pengeluaran dibenarkan sehingga 10,000 sehari.

Malah buat mana mana jemaah yang ingin berbelanja lebih mereka boleh menyuruh ahli ahli keluarga di Malaysia mendepositkan wang disini dan selepas itu mereka akan membuat pengeluaran disana.

Sumber : MIK

Post a Comment

0 Comments