Full Width CSS

Pejabat Operasi #DEIG Tidak Wujud?

Pejabat operasi Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang bakal menguruskan aset negeri Selangor berjumlah RM30 bi­lion ‘tidak ada’ seperti mana alamat yang tertera dalam pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pejabat yang sepatutnya berdaftar dengan menggunakan alamat tingkat tujuh, Menara Milenium, Jalan Damanlela, Pusat Bandar Damansara di sini tidak wujud, malah, tidak mempunyai sebarang papan tanda me­ngenainya, sebaliknya hanya terdapat syarikat-syarikat lain.
Tinjauan Utusan Malaysia ke alamat tersebut hari ini mendapati hanya dua buah syarikat terdapat di tingkat yang sama iaitu Securities Services (Holdings) Sdn. Bhd.(SSH) dan Zaid Ibrahim & Co.

Ruang pejabat di tingkat itu pula sempit dan tidak boleh memuatkan ramai kakitangan.

Seorang kerani penyambut teta­mu SSH ketika ditemui mengakui DEIG sememangnya berdaftar de­ngan SSM menggunakan alamat di situ, tetapi segala urusan surat-menyurat dan hal-hal berkaitan adalah di Shah Alam.

“Ya, di sini memang pejabat DEIG. Berdaftar sahaja dengan SSM menggunakan alamat di sini, tetapi di sini pejabat setiausaha. Di sini tidak ada urusan surat-menyurat. Apa-apa hal kamu kena pergi ke Shah Alam,” katanya.

Tindakan kerajaan PKR Selangor menubuhkan DEIG menjadikan isu paling panas di negeri itu berikutan syarikat bernilai RM2 tersebut didakwa akan menguruskan kira-kira RM30 bilion nilai aset yang kini di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor.

Sebuah portal be­­ri­­ta kelmarin mendedahkan rekod terkini SSM menunjukkan kedua-dua saham bernilai RM1 DEIG itu didakwa dipegang oleh dua individu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif MBI Sela­ngor, Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Pegawai Operasi MBI Selangor, Soffan Affendi Aminuddin.

Menurut portal tersebut, pe­gangan saham itu dilihat bertenta­ngan dengan struktur pegangan yang dipaparkan di laman web DEIG yang menunjukkan DEIG merupakan 100 peratus milik penuh MBI Se­langor.

Sementara itu, seorang kerani keselamatan di Menara Milenium pula memberitahu, dia tidak pernah mengetahui atau dimaklumkan bahawa wujudnya syarikat DEIG di tingkat tujuh, bangunan itu

Post a Comment

0 Comments