Full Width CSS

Pemuda #UMNO Wilayah Sambut Baik Cadangan @IsmailSabri60 Wujudkan Hub Multimedia


MENYOKONG CADANGAN MEWUJUDKAN PUSAT JUALAN ALAT TELEKOMUNIKASI KHAS UNTUK USAHAWAN MELAYU & BUMIPUTERA

Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (PPUWP) bersetuju dengan cadangan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato’ Seri Ismail Sabri mengenai hasrat beliau dan agensi mahu mewujudkan pusat jualan alat telekomunikasi dan gajet-gajet, khas buat usahawan Melayu Bumiputera di dalam premis milik MARA.

Melihat kepada perkembangan isu semasa yang melanda negara baru-baru ini, inilah titik awal Melayu Bumiputera bangkit daripada kekecewaan dek sikap biadap peniaga di Plaza Low Yat, Bukit Bintang yang enggan bertolak ansur dan pastinya sikap biadap samseng mereka itu adalah detik akhir kita berurusniaga dengan mereka.

Bahkan keadaan yang serupa di Pertama Complex tidak memihak kepada orang Melayu untuk berbelanja kerana kebanyakan premis perniagaan alat telekomunkasi di bangunan milik UDA ini sudah lama didominasi oleh kaum Cina saja.

Hasrat menaikkan usahawan Melayu dalam bidang ini, bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk dilaksanakan dan PPUWP sentiasa yakin sambutan positif yang bakal diterima kelak daripada rakyat yang menyokong cadangan ini pasti akan membuahkan hasil yang baik untuk semua pihak.

Baca lagi di sini.

Post a Comment

1 Comments

  1. Cadangan ini memang bagus kerana akan memberi pilihan yang lebih banyak kepada rakyat. Juga dapat mengurangkan perniagaan monopoli oleh sesetengah peniaga. Ia x de kena mengena dengan rasis kerana sesiapa pun boleh berniaga jika jalan dan caranya betul, x menipu dan sebagainya.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..