Full Width CSS

Perhimpunan #Bersih 4.0 Akan Bangkitkan Isu RM7.65 Bilion Yang Lesap #‎AzminDEIG‬


Perhimpunan Bersih Bershit yang akan diadakan kelak nanti pastinya akan menjaja kisah 'keburukan' kempinan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak yang dikatakan merembat wang sumbangan daripada pembesar negara Timur Tengah berjumlah RM2.6 bilion.

Jumlah tersebut yang pada mulanya dikatakan daripada wang negara melalui syarikat 1MDB akhirnya diketahui wang hasil sumbangan kepada UMNO pastinya tidak menjadi isu yang hangat pada perhimpunan haram tersebut kelak.

Yang menjadi pasti menarik adalah persoalan rakyat di negeri Selangor dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai kehilangan wang berjumlah RM7.65 bilion daripada jumlah asalnya RM9.65 bilion semenjak Azmin Ali menjadi Menteri Besar seterusnya.

Ini persoalan yang barangkali tidak akan terjawab oleh Azmin Ali dan PKR sehingga bila². Kerana mereka dan penyokong mereka hanya melihat kesalahan yang diterpalit pada Perdana Menteri, UMNO dan kerajaan Barisan Nasional saja namun kesalahan diri sendiri tidak pula mereka ingin transparent kan kepada mata umum.

Inilah realiti yang sering berlaku di dalam suasana politik berat sebelah. Si tukang tuduh hanya tahu menuduh tetapi apabila tembelang mereka sudah terbuka, tiada pula dikisahkan apa². Maka dibiarkan rakyat negeri sendiri terpinga² dan akhirnya isu tersebut akan senyap begitu saja.

Azmin Ali dan kuncu² nya kaya raya dan terus dianggap suci tetapi rakyat yang menyokong Pakatan akan terus menderita kerana selepas ini tarif air di negeri Selangor akan dinaikkan.

Tahniah dan takziah diucapkan.


Post a Comment

0 Comments