Full Width CSS

Pesawat #TriganaAir Dilaporkan Hilang Dipercayai Terhempas Di Kawasan Pergunungan


Pasukan SAR hari ini dikerahkan ke sekitar kawasan pergunungan di kawasan pedalaman kepulauan Papua di mana dipercayai menjadi lokasi nahas pesawat Trigana Air berpandukan maklumat orang kampung yang mendakwa telah menemui bangkai pesawat malang itu.

Pesawat tersebut pada awalnya dilaporkan hilang hubungan dengan menara kawalan trafik bersama 54 penumpang sebelum jam 3 petang waktu tempatan pada Ahad selepas berangkat dari ibu kota wilayah Jayapura.
Kapal terbang ATR 42-300 itu membawa 44 penumpang dewasa, lima kanak-kanak dan lima krew dalam penerbangan yang dijadualkan selama 45 minit.

Bagaimanapun, ia hilang selepas 10 minit selepas meminta izin untuk terbang ke paras rendah dan mendarat.

Ia sepatutnya menuju ke Oksibil, iaitu sebuah petempatan terpencil di kawasan pergunungan selatan Jayapura.

Para pegawai rasmi memberitahu pada awalnya penduduk kampung di daerah Okbape di Papua melaporkan bahawa mereka menyaksikan pesawat itu terhempas.

Kementerian Pengangkutan kemudiannya berkata penduduk tempatan telah menjumpai bangkai pesawat berkenaan.

"Pesawat itu telah ditemui orang kampung. Menurut mereka, pesawat itu telah terhempas di kawasan pergunungan,” ujar Ketua Pengarah Pengangkutan Udara Kementerian Pengangkutan, Suprasetyo.

Usaha pengesahan maklumat sedang giat dijalankan namun masih belum ada khabar tentang nasib penumpang pesawat.

Pasukan mencari dan menyelamat, polis dan tentera akan bergegas ke tapak lokasi, kata jurucakap kementerian itu, JA Barata.

Selepas insiden tersebut, Trigana Air menghantar sebuah lagi pesawat ke sekitar kawasan berkenaan untuk mengesan pesawat malang tersebut namun cuaca buruk menggagalkan misi mengesan.

Pengarah Perkhidmatan Operasi Trigana Air Kapten Beni Sumaryanto memberitahu bahawa Oksibil merupakan kawasan pergunungan yang cuacanya sukar untuk diramal.

"Di situ, cuaca boleh secara tiba-tiba menjadi berkabus, gelap dan berangin tanpa sebarang amaran.

“Kami menganggap insiden ini disebabkan faktor cuaca, bukan terlebih muatan kerana peawat itu boleh membawa seramai 50 penumpang,” ujarnya.

Post a Comment

0 Comments