Full Width CSS

“Saya Orang Koporat Saya Bukan Ahli Politik” – Arul Kanda #1MDB


Arul Kanda @ Azrul Iskandar malam tadi ketika di wawancara oleh Tv3 telah dapat meleraikan banyak perkara dan sekaligus menghapuskan pandangan negative masyarakat terhadap 1MDB.

Pada mereka yang tidak berapa tahu dan tidak minat merongkai sendiri kerana termakan hasutan puak berkepentingan pasti mereka jika benar meneliti apa yang di kata oleh Presiden 1MDB ini dapat sedikit bayangan akan apa yang sebenar nya terjadi.

1MDB yang di pilih untuk menjadi alat serangan oleh pihak tertentu kerana kepentingan politik sebelum ini sentiasa di serang dari segenap bucu, bah kan membeli dan menjual pun menjadi kesalahan jika ia membabitkan 1MDB.

Penulis ini yang sempat duduk berbual dengan Presiden 1MDB ini pada satu petang di bulan puasa sambil menunggu waktu berbuka dan sehingga selepas solat Magrib dapat mendengar secara lansung dari mulut orang yang menguruskan syarikat 1MDB.

Antara yang di perkata kan ada lah sifat terkejut beliau berkenaan seorang individu tertentu yang beliau amat sanjung tetapi membuat soalan yang tiada lansung berniat untuk mengetahui kebenaran selain dari lontaran untuk masyarakat membenci 1MDB atas sebab kepentingan politik orang itu.
“Saya orang koporat dan bukan ahli politik” kata beliau.

Apabila orang politik ambil kesempatan terhadap syarikat yang beliau kendalikan , amat sukar untuk beliau jelaskan kerana banyak perkara terbabit berkenaan rahsia perniagaan dan syarikat dimana orang tepi jalan tidak ada priveleage untuk mengetahui nya.

“Saya yang melihat dokumen dan melihat segala benda fail dan rekod , saya lagi tahu, jika ada seleweng saya lah yang dulu akan mengesan nya” kata Azrul.

Tapi demi tidak mahu mengerohkan kan lagi keadaan , Azrul pilih untuk berdiam dan tunggu dan lihat demi strategi syarikat.

‘Ia lah mungkin ada lah sikit silap kenyataan atau pun salah buat keputusan tapi itu bukan kes jenayah, lain lah jika ia hal seleweng” kata nya.
Baca Lebih Lanjut di sini


Post a Comment

1 Comments

  1. Blogger pemusnah negara penjilat PR dan mamak Tun mahu terima ke penjelasan begini? atau mereka akan terus menyerang dgn fitnah?

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..