Full Width CSS

Setuju Gesaan Mahdzir Khalid Agar Sekolah Tak Beriya² Sambut Kehadiran Menteri & Timbalan Menteri @NajibRazak


Apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan di dada akhbar mengenai acara sambutan kehadiran Menteri dan Timbalan Menteri ke sekolah², saya tersenyum kerana apa yang diperkatakan tersebut adalah realiti yang dihadapi oleh segenap lapisan guru² seluruh Malaysia.

Apabila mendapat perkhabaran mengenai lawatan Menteri dan Timbalan Menteri, confirm Guru Besar / Pengetua akan pening kepala kena bentuk Jawatankuasa Sambutan. Lepas tu nak kena fikirkan apa gimik persembahan atau sambutan yang menarik perhatian. Akhir sekali nak kena keluarkan duit nak bagi cenderahati tanda kenangan pula.

Ini antara tanggungjawab yang terpaksa difikirkan oleh guru² walaupun bukan semua tapi cerita pokoknya ia berlaku. Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya yang kerap terlibat dengan program² sebegini di bangku sekolah menengah dulu.

Rasanya saranan Menteri amat tepatlah pada waktu dan tempatnya seperti saranan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak yang berkata bidang pendidikan terlalu mahal harganya untuk dipolitikkan kerana ia merupakan bekalan kepada kejayaan anak bangsa yang mencorakkan masa depan negara pada masa depan.

Kementerian Pendidikan akan mengurangkan kerenah birokrasi dalam majlis sambutan terhadap menteri dan timbalan menteri serta pegawai tertinggi kementerian yang membuat lawatan ke sekolah-sekolah dalam masa terdekat.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, langkah itu secara tidak langsung dapat mengurangkan beban pihak sekolah untuk mengatur persiapan sesuatu program sambutan sehingga mengganggu proses pembelajaran.

Beliau berkata, arahan berhu­bung perkara tersebut akan dikeluarkan dari semasa ke semasa dalam masa terdekat sebagai panduan secara umum.

“Kalau ada sambutan, buatlah secara ala kadar, tertekan guru be­sar mahu mencari duit untuk membuat sambutan seperti mahu menyediakan baju baharu dan seragam sebagai persediaan.
“Saya pernah menjadi guru, kalau ada lawatan semua menghadapi tekanan mahu membuat persiapan, ada banyak bahagian kena tubuhkan. Pada masa ini, kita perlu ke arah yang lebih mudah, tidak perlu secara besar-besaran, “ katanya.

Harap semua pihak alert dan pihak Kementerian Pendidikan sendiri janganlah gedik sangat minta itu dan ini tapi peruntukan sikit pun tak nak kasi.

Post a Comment

0 Comments