Thursday, August 13, 2015

Tahniah Biro Kebajikan #UMNOWP Segera Turun Padang Membantu @TengkuAdnanReal @azeezputera


Tadi terbaca blog UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN, nampak cerita berkenaan kisah keluarga 6 beranak yang dihalau keluar dari rumah sewa semalam. Katanya famili ni terpaksa bergelandangan di Taman Tasik Permaisuri disebabkan tiada tempat tinggal.

So bila baca lagi kisahnya, Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia ambil peranan membantu dan membuat hebahan melalui social media untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai yang prihatin. Bagusnya orang Malaysia ni, walaupun dorang tak membantu dari segi kewangan tapi bantuan menviralkan perkara ini harus dipuji. At least nampak membantu gak tu.



Disimpulkan katanya saudara Mohd Rafi Alli Hassan, Pengerusi Biro Kebajikan UMNOWP dapat tahu pasal hal ni dan beliau sendiri minta wakilnya menziarahi keluarga berkenaan di hotel bajet di Cheras.

Hasil daripada perbualan dan bersembang bersama wakil Biro Kebajikan, katanya keluarga ni berasal daripada Skudai, Johor. Suami isteri tak bekerja dan mempunyai anak 4 orang yang masih lagi kecil. Yang besar tu berusia 5 tahun dan paling kecil lebih kurang 3 hingga 4 bulan usianya.

Menurut blog tersebut lagi, wakil Biro Kebajikan Pn. Salmah Pin menyampaikan sumbangan dan beliau akan mencari ikhtihar lain untuk membantu keluarga tersebut. Beliau juga berharap ada mana² pihak yang nak membantu tawarkan pekerjaan kepada suami isteri berkenaan boleh hubungi terus saudara Rizan - 0137733676.


Tahniah kepada Biro Kebajikan UMNO WP dan mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak. At least dengan bantuan hebahan ini kita dapat saling membantu orang yang dalam kesusahan.

Walaupun tak besar mana pun sumbangan kita tetapi ia tetap besar di hati penerima.

Rujukan : UMNO WP

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...