Full Width CSS

Takkan @TheRakyatPost Pun Nak Buat Fitnah Macam Portal Pembangkang Lain? @AKaprawi



Artikel fitnah yang dikeluarkan The Rakyat Post

Portal pembangkang The Rakyat Post kini didapati telah memutar belit kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi. The Rakyat Post didapati tidak bertanggungjawab apabila mengatakan bahawa pemilihan UMNO ditangguh adalah untuk mengelakkan Presiden parti "digugurkan"

Namun ketahui bahawa objektif utama pemilihan UMNO ditangguh adalah untuk memberi fokus kepada Pilihan Raya Umum yang akan datang serta memberi lebih perhatian kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat.


Berikut adalah response Datuk Aziz Kaprawi merujuk kepada artikel berbaur fitnah didalam The Rakyat Post:

"Saya tidak pernah membuat kenyataan bahawa penangguhan Pemilihan Agung UMNO untuk mengelakkan Presiden UMNO digugurkan. Ini satu berita yang tidak benar. Saya kecewa apabila berita yang memutar-belitkan kenyataan saya" - Datuk Aziz Kaprawi

Sikap tidak bertanggungjawab The Rakyat Post dan wartawan mereka ini membuktikan The Rakyat Post tidak ada bezanya dengan Malaysiakini, The Malaysian Insider dan sebagainya yang hanya tahu membuat fitnah terhadap pemimpin negara yang telah dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi.

Post a Comment

0 Comments