Full Width CSS

Tun Mahathir Cemburu Lihat Kejayaan Dipacu Perdana Menteri DS @NajibRazak

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan ada pihak tertentu termasuk bekas perdana menteri cemburu melihat kejayaan yang dicapai Malaysia hari ini

Menurut laporan portal berita mStar, walaupun tidak secara khusus menyebut nama bekas perdana menteri kenyataan itu dilihat merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang kerap mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Mereka serang perdana menteri. Dia kata macam-macam sehingga sekarang ekonomi kita terjejas, begitu juga nilai mata wang. Macam-macam dia buat, kononnya tidak yakin," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Jalan Genting Kelang dari persimpangan Jalan 1/27a hingga ke persimpangan Jalan Lingkaran Tengah 2 di ibu negara.

Beliau menyifatkan ia bertitik-tolak daripada sifat rakus dan juga kerana tidak mencapai matlamat peribadi.

"Ada yang nak jadi perdana menteri (PM) Tak dapat jadi PM, ada yang dah jadi PM barangkali cemburu atas kejayaan yang dicapai pada hari ini dan macam-macam lagi," katanya.

Tambah Menteri Wilayah Persekutuan itu, negara akan musnah sekiranya sikap angkuh menguasai diri.

Katanya, sikap dengki dan busuk hati masih lagi boleh diubati, tapi apabila angkuh dan fikir diri sendiri selalu betul, itu yang akan memusnah.

Sumber : Astro Awani

Post a Comment

9 Comments

  1. Ko sedar ke apa yg ko cakap ni?

    ReplyDelete
  2. SALAM BRO,KOK IAPUN NAK BODEK BIARLAH BERKATA LOGIK AKAL SIKIT.AKU TAK NAMPAK PUN KEMAJUAN YANG DIBUAT OLEH NAJIB MELEBIHI TDM.CUBA JAWAB KENAPA RM 2.6BILLION TU MASUK AKAUN PERIBADI NAJIB ? TG ADNAN NI MEMANG SENGAL......

    ReplyDelete
  3. kalu ye pn nk mengampu..agak2 laaaa.....jgn membangangkn diri sendiri...mcm tkde ugama bila beckp...org asli sakai pn tk de buat perangai gini

    ReplyDelete
  4. cemburu najib dapat derma 2.6 billion

    ReplyDelete
  5. babi ko la..harga RUMAH zaman NAJIS sampai juta2 Melayu bole belika??

    Zaman Madey Rumah tu CONTROL item..

    GST tak ada..Japun datang Mesia labor ..

    Zaman Najib duit lebur..apa yg Madey cemburu pulak?

    Woi Roti Nan..

    ReplyDelete
  6. Ni sorang lagi pak menteri yg sepatutnya dah lama dulu di sumbatkan kedalam lori sampah ......
    .... tapi sebelum tu suroh dia "list-down" kan sikit apa2 kemajuan yg telah di hasilkan olih PM Kang Kong .... setakat beri BRIM tu x payah lah ....

    ReplyDelete
  7. tolong lah oiii..siapa yg cemburu siapa..mahathir tak perlu "I Love PM', 1M4U, BRIM..sudah popular di serata dunia, kejayaan Najib,1MDB, GST, 2.6 Billion, dll.
    Mamat diatas tu pembodek tegar...agak2 lah nak buat statement...nasib baik mamat ni tak cakap 'pemimpin dunia cemburu kejayan Najib"...puiihhhh...naik meyampah pula aku tengok kebanyakkan pemimpin2 UMNO sekarang ni. Almaklum lah Najib ada 2.6 billion..cash is king...

    ReplyDelete
  8. Macam ini la kalau dah jadi kipas. Yang salah pun jadi betul

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..