Thursday, August 6, 2015

[Video] Budak Yaman Ni Cakap Loghat Utara Baq Ang Siap Boleh Bersyair Lagi


Kelunakkan suara seorang peserta dari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) berjaya mengamit perhatian juri Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2015 (PABM 2015), yang diadakan di sini petang.

Peserta dari Yaman itu bukan sahaja mampu bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih, malah kemerduan suara yang dimilikinya itu berjaya membuat para hadirin terpegun.
Shehabaddin Galal Hael Ghilan, 25 akan bersaing dengan empat lagi peserta dalam kategori Alam Melayu termasuk dua orang perserta yang mewakili Malaysia.

Menurut pihak urusetia ketika ditemui SuaraTV berkata, disebabkan kemerduan suara yang dimilikinya, beliau sering dijemput ke Istana Perlis untuk membuat persembahan.

Terdahulu Penyelaras Teknikal & Penjurian PABM, Mazlena Mohamad Hussain, berkata 10 peserta akan bertanding dalam kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM) sementara 10 lagi bagi kategori Antarabangsa.

“Peserta kategori Alam Melayu & PAM yang melepasi peringkat saringan mara terus ke separuh akhir sementara 20 peserta kategori Antarabangsa yang terpilih hari ini akan bertanding pada peringkat suku akhir esok bagi menentukan 10 yang layak ke peringkat seterusnya Khamis ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan senarai nama peserta PABM yang layak ke peringkat suku akhir dan separuh akhir selepas pertandingan peringkat saringan di sini membabitkan 71 peserta.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...