Full Width CSS

[Video] Kementerian Sendiri Pun Tak Berperanan Membantu Kerajaan Sedia Ada - @razlanrafii


Ini realiti yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan persekutuan dan ahli² UMNO serta Barisan Nasional (BN) yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai isu² semasa tanpa dibantu oleh Kementerian² yang bertanggungjawab untuk memberi penerangan.

Yang terpaksa menanggung beban adalah golongan bawahan ini. Terpaksa mencari jawapan bagi mengembalikan sokongan rakyat terhadap kerajaan. Walhal pihak kerajaan (kementerian) seolah² tidak kisah dengan apa yang berlaku di bawah.


Kebimbangan yang paling ketara sekali adalah apabila sesuatu isu / perkara tidak ditangani dengan sebaiknya. Sebagai contoh, isu semasa yang membabitkan semua pihak iaitu GST. Adakah dengan meletakkan Dato' Ahmad Maslan sahaja sudah mencukupi untuk menjawab segala persoalan rakyat di bawah?

Ini bukan saja isu rakyat bahkan ia sudah menjadi isu kalangan ahli parti juga yang turut merasa tempias daripada perkara² yang dilihat ditangani secarasambil lewa saja oleh pihak berwajib. Umum ketahui, keputusan mengenakan GST diambil sebulat suara melalui mesyuarat kabinet dari pelbagai latar belakang parti tetapi yang hanya menjawab segala persoalan adalah daripada pemimpin UMNO saja. 

Di mana pula suara mereka yang berada di dalam kabinet mahupun dari dalam Kementerian serta Agensi terlibat?

Post a Comment

0 Comments