Wednesday, September 30, 2015

Blogger Shahbudin Husin Disiasat Berhubung Isu Timbalan Perdana Menteri


Penulis blog pro Dr. Mahathir dan Muhyiddin Yassin, Shahbudin Husin dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memberikan keterangan berhubung artikel fitnah beliau mengenai majlis persandingan anak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Indonesia yang diadakan pada masa sama ketika timbalan perdana menteri itu membuat lawatan rasmi ke republik berkenaan.

Beliau menimbulkan persoalan sama ada lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri itu diselaraskan tarikhnya supaya berkebetulan dengan majlis persandingan anak lelaki beliau.
Shahbudin mendedahkan bahawa SKMM mengambil keterangan di ibu pejabatnya di Cyberjaya selama 2 jam sejak 10 pagi semalam hingga kira-kira 12 tengahari.

Katanya, beliau disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang menyatakan seseorang melakukan kesalahan sekiranya memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...