Monday, September 28, 2015

Kapal Selam #Australia Berlabuh Di #Penang Nak Beli Jeruk Madu Pak Ali


Ini semua gara² sebuah kapal selam yang timbul di tengah² laluan feri antara jeti Bagan, Butterworth dan Georgetown, Penang. Habis kelam kabut orang Penang dibuatnya. Itu belum sembang bab ada orang nak terjun dari Menara Komtar sebab cuak punya pasal dengan kehadiran kapal selam Tentera Laut Australia.

Kecoh dalam sosial media pagi ini apabila beberapa keping gambar telah dikongsikan oleh netizen berhubung kemunculan kapal selam milik Tentera Laut Australia yang penuh misteri. Memang ramai orang tak tahu mengapa dan kenapa kapal tersebut timbul di situ sebab tiada tertera apa² signage atau kain rentang pada badan kapal tersebut ke mana hala tuju mereka.

Menariknya lagi pelbagai andaian dibuat oleh netizen dan ada yang menggelikan hati pembaca yang lain. Lihat di bawah.


Tak kurang pula dengan komen² pedas di bawah ini juga.



Apa pun pastinya ada jawapan kepada setiap persoalan yang bermain di benak sekalian rakyat Malaysia yang tertanya² sebab dan mengapa kapal selam tersebut berada di situ.

Ok berikut saya kongsikan beberapa info untuk perhatian para pembaca dan diharap dapat dikongsikan.

Menurut makluman yang tidak rasmi namun boleh dipercayai daripada pihak Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), kapal selam Her or His Majesty's Australian Ship (HMAS) SHEEAN merapat (tiba dan berada) di Pulau Pinang bermula pada 28 September sehingga 2 Oktober 2015. Kehadiran mereka adalah sebagai kunjungan hormat kepada Resident Naval Officer (RNO) Penang.

RNO Penang ni berperanan seperti Duta Kecil TLDM. So mana² kapal laut tentera asing yang berkunjung sektor utara dan di Pulau Pinang, maka mereka wajib 'lapor diri' di RNO Penang yang terletak di Padang Kota. Soal mereka nak makan nasi kandar atau beli jeruk Madu Pak Ali tu, kemudian cerita selepas mereka dah lapor diri.


Pasti ada yang bertanya apahal mereka nak kunjung hormat pula tiba² kan?

Kunjungan hormat tu adalah sebagai tanda penghormatan kepada tuan rumah (RNO Penang). Sebenarnya mereka mempunyai agenda yang lebih besar daripada itu iaitu mengikuti latihan (exercise) ketenteraan bersama KD Tunku Abdul Rahman (TAR) di Kota Kinabalu pada 12 & 13 Oktober 2015.

Lepas tamat latihan tu dorang balik ke Fleetbase West Australia dan berehat, tidur. Dah tak perlu pening² fikir konon dorang datang nak serang dan culik Ketua Menteri Lim Guan Eng lah dan sebagainya.

Pada dasarnya banyak pihak yang tak tahu bahawa Navy Malaysia & Australia mempunyai hubungan yang agak rapat dan amat baik seperti juga dengan negara jiran yang lain seperti Indonesia. Kerana sebelum ini pasukan keselamatan laut ini pernah bekerjasama dan terlibat secara langsung dalam usaha mencari & menyelamat MH370 dan pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas baru² ini.

So tak timbul soal pihak keselamatan negara sengaja membenarkan aset negara asing memasuki perairan negara sesuka hati dan sebagainya. Andaian yang tidak tepat ini sebenarnya boleh mengelirukan orang ramai dan sedikit sebanyak boleh membuatkan orang ramai panik jika ianya berlarutan tanpa fakta yang sebenar.

Cuba share artikel ni supaya ramai yang faham kehadiran mereka di sini.

5 comments:

  1. "Soal mereka nak makan nasi kandar atau beli jeruk Madu Pak Ali tu, kemudian cerita selepas mereka dah lapor diri." <-- ini kelakar. TQ Admin for sharing info.

    ReplyDelete
  2. sesat tu sbb jerubu kuat sangat hahaha

    ReplyDelete
  3. Mana Guan Eng lahanat ni !!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...