Sunday, September 20, 2015

Khairuddin Hanya Badut Yang Termakan Isu Fitnah #1MDB

Dalam Facebook beliau, Khairuddin Abu Hassan mengadu bahawa Jabatan Imigresen telah mengharamkan beliau dan peguamnya, Matthias Chang, daripada meninggalkan negara ini.

Khairuddin berkata, mereka telah membeli tiket untuk ke London tetapi kini beliau tidak boleh meninggalkan negara ini. Beliau sepatutnya telah bertolak pada jam 10.30 pagi jumaat.
“Kami telah disenarai hitam oleh Imigresen atas nasihat polis, “kata Khairuddin. “Polis tidak boleh berbuat demikian hanya kerana reputasi mereka yang buruk maka Malaysia kini sebuah negara koboi”. 

Kami ada undang-undang yang perlu dipatuhi. Polis dalam keadaan carca marba. Pihak berkuasa di negara ini bukan sahaja menyalahgunakan kuasa untuk menyenarai hitam kita tetapi juga tidak memberi sebarang alasan.

Khairuddin berkata beliau tidak diberi sebarang notis terlebih dahulu oleh Jabatan Imigresen.

"Chang dan saya telah diminta untuk hadir di Bahagian Keselamatan dan Pasport Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di Putrajaya pada jam 8.00 pagi untuk mendapatkan penjelasan. Bagaimanapun, apabila kami sampai, pegawai tersebut hanya memberitahu bahawa mereka disenarai hitam berdasarkan arahan dari Bukit Aman. Tiada sebab-sebab tertentu, hanya sebab-sebab khas. Kami tidak diberitahu sebab-sebab khas tersebut”.

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Matthias Chang

Khairuddin berkata beliau telah diminta untuk melaporkan kepada Bukit Aman Isnin depan bagi pernyataan direkodkan mengenai tindakan beliau baru-baru ini menghantar dokumen berkenaan RM42 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Peguam Negara Switzerland.

Sebelum saya hadir di Bukit Aman, saya ingin tahu sama ada saya telah melakukan apa-apa jenayah” kata Khairuddin. “Saya mempunyai hak untuk membuat aduan di mana-mana dalam dunia terutama apabila tidak ada penyelesaian di Malaysia dan kedaulatan undang-undang telah tunggang-langgang. Skandal 1MDB membimbangkan Switzerland kerana bank-bank Swiss turut terlibat”.

“Saya sudah membuat laporan polis di Lyon, Perancis; Berne, Switzerland; London, Singapura dan Hong Kong. Pihak berkuasa di luar negara perlu menjalankan siasatan menyeluruh dan telus dalam semua laporan polis yang saya buat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor, rakan mereka Jho Low, Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz, Pengerusi IMDB Lodin Wok Kamaruddin, dan semua ahli Lembaga Pengarah 1MDB. “

Khairuddin, yang sebelum ini “gung-ho” bongkak dan penuh dengan kesombongan sebelum ini, agak mengelabah dengan perkembangan terkini. Beliau mungkin fikir dengan adanya “orang kuat” di belakangnya maka beliau tidak akan disentuh dan polis tidak akan berani berbuat apa-apa. Dia juga menyatakan bahawa dia tidak takut dan tidak gentar dengan sebarang tindakan.

Kini, dengan pengharaman terhadap Khairuddin meninggalkan negara dan arahan untuk melaporkan diri ke Bukit Aman pada hari Isnin, beliau tiba-tiba menyedari bahawa beliau sebenarnya hanya ikan kecil di dalam kolam besar. Agak lucu bagaimana, beliau yang bangkrap, fikir boleh meninggalkan negara ini. Mungkin dia berpendapat rakan-rakan yang berkuasa boleh memberi pengecualian, tapi nampaknya mereka tidak dapat berbuat demikian sebenarnya.

Dengan itu Khairuddin memutuskan mungkin lebih baik jika beliau cepat menyelinap keluar dari negara dan tidak mengambil risiko melaporkan ke Bukit Aman pada hari Isnin. Keraguan tersebut tercetus apabila jet peribadi VVIP tertentu telah diisi minyak penuh dan dalam keadaan bersiap sedia di Lapangan Terbang Subang. Hakikat bahawa VVIP ini juga “Bos” Khairuddin membuat kemungkinan penerbangan tersebut lebih tinggi.

Pada jam 7:00 malam jumaat, polis telah mengetuk pintu depan rumah Khairuddin dan beliau cuba melarikan diri melalui pintu belakang. Tetapi pihak polis telah menunggu di pintu belakang dan berjaya menangkap beliau dengan tangkas.


Khairuddin berkata beliau bercakap benar dan tidak takut apa-apa pun kerana apa yang beliau katakan adalah benar. Tetapi usaha untuk menyelinap keluar melalui pintu belakang dan melarikan diri ke Lapangan Terbang Subang di mana jet peribadi telah menunggu beliau memberikan gambaran sebaliknya.

– Malaysia Today

3 comments:

  1. Didalam UMNO memang ramai pembelut-pembelut yang enggan menyusul periksa fitnah-fitnah penjalang-penjalang berkhasad dengki terhadap PM Najib. Kau telan sajalah segala perbuatan pengkhianat, Khairudin.

    ReplyDelete
  2. Lepas ni boleh buktikan bercakap benar di mahkamah... boleh dihadiri penyokong2. Kena sabar.

    Trend bercakap dimedia utk semai persepsi sudah berlalu.

    ReplyDelete
  3. Bodoh punya Khairuddin....jadi budak suruhan pemimpin tua yg tak sedar diri

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...