Tuesday, September 22, 2015

MARA Tamatkan Penajaan Pelajar Di Taylor Universiti Kerana Himpunan #RakyatBersatu


Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menghentikan penajaan bagi pelajar baharu yang melanjutkan pengajian ke Universiti Taylor's atas pelbagai sebab, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, beliau berkata pelajar tajaan Mara yang sedang menuntut di universiti berkenaan dibenarkan meneruskan pengajian mereka.
"Saya sudah mengarahkan Ketua Pengarah Mara (Datuk Ibrahim Ahmad) untuk melihat perkara ini... kami akan menghentikan penajaan kepada (pelajar) pengambilan baharu atas pelbagai sebab.

"Bagaimanapun, kami tidak akan menghentikan penajaan pelajar sedia ada (di Universiti Taylor's) kerana dikhuatiri akan menimbulkan masalah pada masa hadapan," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Jualan Teknologi Maklumat (IT) @ Busana di Menara Mara di sini, hari ini.

Sebelum itu, pihak Universiti Taylor's Malaysia menamatkan kontrak pengusaha bas Wawasan Sutera Travel and Tours kerana dilapor menggunakan bas yang memaparkan logo universiti berkenaan untuk membawa penyokong ke Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September 2015.

Walhal perkara yang sama juga berlaku sewaktu perhimpunan bersih, gst dan lain-lain perhimpunan, tetapi pihak taylor's hanya memejamkan mata, buka setakat bas yang terlibat, tetapi pelajar mereka juga turut terlibat, tetapi pihak taylor's buat tak endah sahaja...

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...