Full Width CSS

Perkhidmatan #MetroMakkah Tamat Bagi Tahun Ini


Pengarah Projek MMMSL, Hj Khairani Mohamed melakukan flag off tren terakhir yang berkhidmat untuk Jemaah Haji musim 1436H ini pada jam 6 petang (11 malam waktu Malaysia) di Stesen Mina 3, kelmarin.
Maka dengan itu, khidmat lebih 400 orang rakyat Malaysia & kakitangan ‪#‎RapidKL‬ beransur-ansur tamat.

Dianggarkan lebih 2 juta Jemaah Haji menggunakan perkhidmatan tersebut sepanjang tempoh 7 hari operasi.

Tren seterusnya adalah pada musim Haji tahun berikutnya 1437H. Syabas & tahniah buat semua anak Malaysia yang menabur bakti serta membantu melancarkan ibadah para Jemaah Haji di bumi anbiya.

Post a Comment

0 Comments