Tuesday, September 29, 2015

Tahniah Ketua Polis Negara @KBAB51 & @PDRMsia Realisasikan Hasrat Pesakit Kanser Cilik


Anak kecil berumur 9 tahun ini pernah menyuarakan cita²nya untuk menjadi seorang Pegawai Polis. Mendengar perkhabaran tersebut, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar cuba merealisasikan hasrat adik Faris Danish Akasha Bin Fauzi ini.

Alhamdulillah, dengan kerjasama penuh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hasrat pesakit kanser ini berjaya direalisasikan dengan baik. Sempurnanya hasrat adik Faris telah sedikit sebanyak mengukir senyuman terindah buat anggota PDRM yang turut menjadikan impian sebagai satu kenyataan.

Tanggal 28 Sept 2015, adik Faris telah kembali menemui penciptanya. Allah lebih menyayangi anak kecil yang mempunyai jiwa besar untuk berbakti kepada masyarakat ini.

Salam takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan anak tercinta dan semoga Allahyarham ditempatkan bersama para anbiyaa.

Allahyarham telah dikebumikan di Bandar Sunway, Selangor. 

AL-FATIHAH

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...