Full Width CSS

UPDATE TERKINI : 5 Orang Jemaah Haji Meninggal Dunia Tragedi Kren Tumbang


Maklumat terkini daripada tragedi kren tumbang dan menghempap jemaah-jemaah Haji di Mekah telah dipastikan sehingga jam 12 tengahari ini seramai 5 orang.

Kesemua Jemaah Haji yang terkorban setakat ini merupakan Jemaah wanita. Berikut senarai nama mereka.

1. Rusiah Suar, 56 - Sungkai, Perak
2. Rohana Ismail, 54 - Kuala Krai, Kelantan
3. Munah Jusoh, 74 - Cherang Ruku, Kelantan
4. Siti Nuroshlizan Zolkifli, 37 - Tanah Merah, Kelantan.
5. Zainun Taha, 69 - Ampang, Selangor

Nama Jemaah Haji yang masih hilang ;

1. Abdul Habib Lahman, 68 - Sik, Kedah
2. Shahidan Saad, 52 - Kodiang, Kedah

Ini menjadikan jumlah keseluruhan mengikut rekod asal ;

5 Jemaah Meninggal
10 Jemaah Cedera
2 Jemaah Hilang

Menurut pihak Tabung Haji (TH), seramai 5 orang daripada 10 yang cedera telah dibenarkan keluar pusat rawatan dan kini berada dalam keadaan stabil di maktab masing². Diyakini Jemaah Haji yang cedera berkemungkinan akan dapat melakukan ibadah.

Pada masa sama katanya, TH berharap waris-waris lain akan terus bersabar dan berdoa kerana TH akan terus berusaha sedaya upaya untuk terus mencari mangsa-mangsa lain di hospital-hospital berdekatan serta memastikan segala proses pengecaman di­selesaikan secepat mungkin.
Marilah kita bersama² mendoakan agar roh kelima² Allahyarhamah ditempatkan bersama di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Lagi perkembangan di Mekah, akan diberikan daripada semasa ke semasa.

AL-FATIHAH

Post a Comment

0 Comments