Monday, October 12, 2015

'Gabungan Kecewa 423' Lepaskan Rasa Menyirap Kerana Budak Suruhan Dikenakan Akta #SOSMA #KekalNajib


Alaaa ini semua politik murahan nak dapatkan perhatian. Masa akta SOSMA didebatkan di Dewan Rakyat, takda pulak Tan Sri Muhyiddin Yassin, DS Shafie Apdal dan Ku Li nak membantah akta ni. Tapi bila dah masuk tag team bersama Tun Mahathir, dan² pula dorang turut tak setuju dengan SOSMA.

Apa hal tiba² uTurn pulak ni?
Sebab takda jawatan dalam Kerajaan?
Atau ada kepentingan sendiri?


Geng yang baru diberi nama 'Gabungan Kecewa 423' mengambil kira sempena umur² mereka yang terlibat dalam sidang media di Yayasan Perdana, Putrajaya pagi ini. Mereka terdiri daripada Tun Dr Mahathir Mohamed (90), TS Muhyiddin Yassin (68), Tengku Razaleigh Hamzah (78), TS Sanusi Junid (72), DS Shafie Afdal (57) dan DS Ong Tee Kiat (58) menjadikan jumlah keseluruhan umur 'Gabungan Kecewa' adalah 423 tahun.

Gabungan Kecewa 423 hari ini mengecam tindakan kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenakan tindakan akta SOSMA atau dalam bahasa panjangnya adalah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 terhadap dua orang macai atau budak suruhan Tun Mahathir iaitu Khairuddin dan Matthias Chang.

Kedua² mereka didakwa hari ini di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan cubaan mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara. Eloklah tu kena tangkap terus sebab tindakan dorang walaupun sekadar budak suruhan, dirasakan akan merosakkan ekonomi negara di kalangan negara² serantau yang lain.


Kepada TS Muhyiddin Yassin & DS Shafie Apdal, saya sebagai ahli UMNO ingin menasihatkan bahawa nama anda berdua adalah sangat baik dan bersih ketika ini. Jangan rosakkan imej sendiri di mata penyokong² kerana anda berdua masih lagi mempunyai Ketua @ Presiden parti yang harus dihormati iaitu DS Najib Tun Razak.

Biarkan Tun Mahathir dan geng lakukan keburukan dengan menghina kerajaan kerana mereka tiada apa lagi nak dirugikan. Lagi pun dah tua dah, takda siapa kisah bila lama² cakap benda mengarut.

#KekalNajib

12 comments:

  1. Warga emas mudah nyanyuk. Maafkan mereka.

    ReplyDelete
  2. Yealah...tapi cuba kalo ko x dibayar sebagai cytro...agak2 artikel nie akan kuar x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan jadi blogger bangang...!!!

      Siapa yang cakap tue eik..????!!!

      Delete
  3. semuanya dah tua bangka....nasihat pun tak jalan dah....

    mungkin ini adalah petunjuk dari Allah buat Melayu yg mahu berfikir bahawa mulut dan hati manusia ni adalah najis senajisnya kalau dah tamak dan dengki menguasai diri.

    mulut bercakap tentang Islam tapi,hati cukup busuk mengalahkan bangkai.....mana Islamnya?

    ReplyDelete
  4. kelakor.. tu masalah blogger pro pahlawan bugis pondan. BANGANGNYA tak sudah sudah.

    undang undang dah disalah guna oleh bapok pondan. kenapa tangkap orang yang tak bersalah..
    bagaimana seseorang boleh disabit kesalah dibawah sosma bila melaporkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat jenayah ??? ya laporkan kepada pihak berkuasa.. habis kalau laporkan kesalahan jenayah kepada pihak berkuasa adalah satu jenayah senang cerita kalau kita tengok orang buat jenayah jangan lapor nanti kena tangkap..

    KAH KAH KAH..

    ReplyDelete
  5. Saya & semua famili sy support Tun Mahathir..

    ReplyDelete
  6. Saya & semua famili sy support Tun Mahathir..

    ReplyDelete
  7. Tun dan bn leader bukan komen pasal akta sosma tapi penggunaan akta tu saja.

    ReplyDelete
  8. pengkhianat umno n negara kita tunggu drama seterusnya..hidup PAS

    ReplyDelete
  9. saya & famiy sy support Najib Razak dan Umno dan BN keseluruhannya...InsyaALLAH ,kemelut ini akan berakhir dan Najib dan Bn akan menerajui serta memenangi pru 14 dgn jayanya ...InsyaALLAH.

    ReplyDelete
  10. saya & famiy sy dah TAK support Najib Razak dan Umno dan BN keseluruhannya...InsyaALLAH ,kemelut ini akan berakhir dan Najib dan Bn akan menerajui pembangkang selepas pru 14 dgn jayanya ...InsyaALLAH.

    Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

    ReplyDelete
  11. Kene faham apa itu akta SOSMA..baru la komen..jgn lah komen kalau tak paham..itu yang otai otai ni bersuara kerana telah di salah gunakan oleh kerajaan sekarang

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...