Tuesday, October 6, 2015

Ketua Pemuda #UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin Cuba Try Baca Nih @Khairykj #TPPA


Hari ini media sosial kembali hangat dengan isu dan dakwaan kononnya kerajaan Malaysia telah menandatangani Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) atau dalam bahasa rakyat nya adalah Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik.

Perkara pertama yang bermain di fikiran rakyat malahan kalangan ahli UMNO sendiri yang bijak pandai dan serba tahu adalah TPPA ini merupakan perjanjian yang merugikan negara atau dalam istilah yang digembar-gemburkan Pembangkang selama ini adalah jika kerajaan bersetuju dengan TPPA, negara akan tergadai.

Menteri pun dah nafikan mengenai berita fitnah tersebut lewat semalam.

Ok clear cut, persoalan mengapa saya meminta Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin membaca artikel ini adalah kerana ini saja orang yang saya mungkin boleh percaya dan harapkan untuk mendesak barisan EXCO Pemuda UMNO Malaysia melakukan sesuatu untuk TPPA.

Pertamanya saya tidak minta Pemuda UMNO melakukan demontrasi dan membantah perjanjian TPPA ini secara terbuka tetapi saya hanya memohon jasa baik Pemuda UMNO untuk tampil ke hadapan memberikan pencerahan mengenai isu yang sedikit berat berbanding GST sebelum ini.

Memang ya tugasan untuk memberi pencerahan isu ini terletak di bawah Biro Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, yang diterajui saudara Jamawi Jaafar tetapi berdasarkan pemerhatian dan apa yang netizen lihat adalah kekurangan fungsi beliau untuk menterjemah hala tuju atau dasar kerajaan. Ditambah lagi kini beliau sudah menjawat jawatan selaku Pegawai Khas kepada Menteri.


Bukan niat saya merendahkan kredibiliti beliau tapi sudah tiba masanya Pemuda UMNO tampil ke hadapan bantu kerajaan pusat memberi penerangan isu² semasa. TPPA adalah isu yang paling popular dan agak berat untuk diperjelaskan kepada rakyat.

Tetapi saya yakin sekiranya Pemuda UMNO perhalusi dan duduk berbincang dengan pihak MITI, kemungkinan isu ini akan dapat kita tangani dengan baik sekaligus mengembalikan keyakinan golongan muda terhadap Pemuda UMNO.

Berikut saya tunjukkan step yang mudah untuk saudara YB Khairy fahamkan.

1. Wujudkan perbincangan bersama MITI.
2. War-warkan lokasi penerangan.
3. Turun padang terangkan isu TPPA bersama pihak MITI.
4. Sediakan flyers yang mudah difahami, key point untuk orang ramai.
5. Rakam melalui video & pengedaran flyers penerangan TPPA.
6. Gunakan cybertroopers untuk sebar dan keep on viral video / poster tersebut.

Penggunaan cybertroopers secara peribadi saya mohon saudara YB Khairy ketepikan ego dan buang rasa kasihankan kepada Ibdil. Suka atau tidak, saya dan netizen boleh beri jaminan bahawa Biro Media Sosial (BMS) telah gagal berfungsi dengan baik seperti penggal sebelumnya.

Ketua Pemuda UMNO kena bersikap lebih realistik supaya segala info dan maklumat yang dijana oleh Pemuda UMNO dapat disebarkan dengan baik dan terus sampai ke target audience. Malas nak cerita panjang mengenai kegagalan BMS tetapi lebih baik sekarang ini Pemuda UMNO fikirkan beberapa penyelesaian yang boleh membantu kerajaan Malaysia.

Kerajaan BN kekal, UMNO terus kekal dan Pemuda tetap kekal tetapi jika kerajaan jatuh, kita semua terkubur.

So itu saja cadangan saya buat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Besar harapan saya seperti rakan² seperjuangan cybertroopers yang lain kepada YB Khairy untuk merebut membawa jentera penerangan Pemuda ke hadapan rakyat.

2 comments:

  1. SETUJU. IBDIL& JAMAWI DAH TAKDE FUNGSI PD PEMUDA

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...