Friday, October 9, 2015

Maruah Boleh Dibeli Dengan Wang #OnlyInPenang


Riuh seharian di laman sosial bila ada dua orang budak Cina DAPig yang meroyan² apabila tayar kereta Myvi (jer pun) dikunci oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kerana kesalahan meletakkan kenderaan.

So riuh rendah lah apabila netizen mengecam tindakan budak lelaki yang membayar duit kompaun dengan sengaja mencampak wang kertas sehingga jatuh di atas lantai setelah diminta oleh penguatkuasa wanita untuk membayar denda tersebut jika mahu dibuka kunci tersebut.

Pada sebelah malam nya pula tersebar berita yang mengatakan penguatkuasa berbangsa Melayu tersebut telah dikatakan membuat laporan Polis terhadap kedua² lelaki Cina DAPig terbabit kerana bersikap kurang ajar dan biadap.


Namun dalam perkongsian di WhatsApp juga memberitahu bahawa laporan Polis tersebut telah pun ditarik balik oleh penguatkuasa wanita terbabit atas sebab² yang tak dihuraikan lebih lanjut. Tetapi saya harapkan juga pihak Polis meneruskan siasatan terhadap kedua² orang budak lelaki Cina DAPig ini untuk disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana telah terbukti menghalang tugasan penjawat awam.

Persoalannya mengapa laporan Polis tersebut ditarik balik? Rata² netizen beranggapan ada beberapa kemungkinan, namun dua kemungkinan ini menjadi asas kepada punca laporan ditarik semula.

i - Kemungkinan penguatkuasa tersebut melanggar peraturan atau undang² yang terdapat dalam akujanji menjawat jawatan tersebut seperti ditetapkan majikan.

ii - Kemungkinan penguatkuasa tersebut menerima tekanan daripada pengurus atau majikannya selepas membuat laporan Polis.

Kedua² alasan ini dirasakan kemungkinan tepat dengan situasi yang berlaku sekarang ini. Cuma lebih mengecewakan kerana hari ini penguatkuasa yang berhati kental dan tidak melenting apabila diperlakukan secara biadap oleh budak lelaki Cina DAPig tersebut telah diberikan wang saguhati sebagai tanda penghargaan ataupun sebagai tanda tahniah di atas kesabaran beliau menahan rasa amarahnya.

Tetapi, rasa something fishy kan bila tiba² Ketua Menteri PPinang, Guan Eng menyampaikan wang saguhati tersebut kepada mereka.

Persoalannya, atas dasar apa wang tersebut diberikan kepada mereka?

A. Bersabar dengan karenah dua orang budak Cina DAPig
B. Video menjadi viral dan dikongsikan juga oleh TV3
C. Divert isu budak Cina DAPig biadap
D. Saja nak tunjuk pada dunia bahawa kerajaan negeri PRIHATIN

Para pembaca boleh memberikan pelbagai jawapan dan begitu juga jawapan daripada Guan Eng. Antara ratusan atau barangkali ribuan kes sebegini dihadapi oleh penguatkuasa MBPP setiap hari, kenapa kes ini special di hati Guan Eng yang dilihat simpati akan nasib wanita ini?

Atau dalam realiti sebenar yang mungkin boleh diistilahkan sebagai unsur rasuah kerana menarik balik laporan Polis terhadap dua orang budak lelaki Cina DAPig? Adakah dua orang budak ni anak kepada mana² VIP di Penang?

Dalam kes ini, saya hanya boleh menganggap bahawa penguatkuasa wanita tu sebenarnya telah dikambing hitamkan semata² untuk memulihkan imej dua orang budak tersebut.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...