Monday, October 12, 2015

Pangkalan Laut Mantapkan Lagi Pertahanan Perairan Negara @NajibRazak @HishammuddinH2O @tldm_rasmi


Meskipun kebarangkalian jenayah boleh berlaku bila² masa tanpa diduga namun langkah² yang diambil Kementerian Pertahanan ini dirasakan amat wajar dan bersesuaian dengan kehendak semasa terutamanya apabila bercakap mengenai soal keselamatan tanah air.

Melihat kepada keperluan yang harus dilipat gandakan dan idea mewujudkan Pangkalan Laut (sea basing) merupakan antara benteng utama pertahanan negara bagi mengekang kegiatan jenayah seperti penculikan, rompakan laut, pencerobohan perairan dan ancaman militan².


Sea Basing ini merupakan inisiatif baru menggunakan pelantar minyak sebagai pangkalan hadapan untuk menguatkuasa pertahanan Pantai Timur Sabah. Sehingga hari ini terdapat 2 Sea Basing utama iaitu Pangkalan Laut Tun Azizan dan Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah yang telah beroperasi sejak Mei lalu. YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak dijangka akan merasmikan Pangkalan Laut ini dalam masa terdekat. 

Pelaksanaan Sea Basing ini adalah pendekatan luar kotak hasil inisiatif Menteri Pertahanan sendiri, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein. Ia adalah pendekatan pertama seumpama di dunia dan kini menjadi model pertahanan kepada negara-negara lain.

Tugas Sea Basing ini ialah bertindak sebagai cegah rintang bagi membanteras penceroboh pengganas, pengumpul maklumat perisikan taktikal dan komuniti maritim, berfungsi sebagai pangkalan operasi hadapan, menyediakan bantuan logistik kepada bot pemintas, bertindak sebagai pusat operasi hadapan untuk mengkoordinasikan operasi kawasan ancaman, berperanan sebagai platform pengoperasian helikopter dan bertindak sebagai pelantar untuk pasukan atur gerak cepat.


Demi memastikan fungsi Sea Basing dapat dimaksimakan, pihak Kerajaan telah menambah baik Pengkalan Laut Tun Sharifah Rodziah dan Pangkalan Laut Tun Azizan dengan memasang peralatan komunikasi radar dan CCTV, jacking system, pemasangan Pontoon, motor air compressor, trouble shooting water marker parker dan trouble shooting Maralia dan HVAC.

Keupayaan radar yang dipasang iaitu jenis CSS 1206 mampu mengesan sasaran permukaan sejauh 20KM dan akan ditambah baik dengan pemasangan Radar CSS AESA Spexer 2000 kelak. Kesemua kos pembinaan dan penambahbaikan ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak Petronas.

Selain daripada itu, pihak kerajaan Malaysia juga telah mengatur gerak aset daripada ATM seperti Bot Tempur CB90, aset-aset APMM dan aset Polis Marin bagi terus mengukuhkan lagi kedudukan dan fungsi Sea Basing. Ianya turut melibatkan krew TLDM dan Anggota PASKAL.

Pada masa yang sama, kerjasama risikan antara ATM dan agensi keselamatan Filipina terus dimantapkan bagi mendepani ancaman yang wujud

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...