Full Width CSS

Pembangkang Balun Bajet Kerajaan Sebab Bajet Mereka Lagi Jahanam


Setiap tahun menjelang pembentangan Bajet oleh kerajaan, pembangkang tidak terlepas mencanangkan bajet alternatif mereka yang boleh dianggap tidak masuk akal atau hanya ibarat melepas batuk ditangga.

Bagi menunjukkan konon bajet mereka lebih baik, ahli-ahli parlimen pembangkang akan menghentam bajet yang dibentang Perdana Menteri sedangkan bajet mereka sendiri lintang pukang.
Dua sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terlebih dahulu membentangkan bajet alternatif setebal 50 muka surat.

Antara cadangan paling tidak masuk akal di dalam bajet mereka adalah pengurangan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) daripada 6% kepada 0%.

Apa maksud 0 %, adakah sifar atau mansuhkan GST?.

Sebab itu Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr. Noor Azmi Ghazali, berkata, itu semua hanya tindakan populis pembangkang yang akan merugikan rakyat serta negara.

“Daripada 6% kepada 0%? Maknanya tidak ada pendapatan, sedangkan kita kata GST tidak dikenakan kepada makanan ruji rakyat dan pengecualian GST kepada ubat-ubatan pula telah meningkat daripada 4,000 kepada 8,000 lebih.

“ Bajet kerajaan lebih perihatin kepada rakyat, pasal GST ni pembangkang suka mengelirukan rakyat, menakut-nakutkan rakyat, sepatutnya mereka perlu fikir untuk besarkan ‘kek’ kepada lebih besar bukan memberi bahagian-bahagian kek,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, bajet alternatif pembangkang tidak menggambar realistik ekonomi negara hari ini kerana ia dirangka berasaskan data serta maklumat yang tidak tepat atau kukuh.

“Justeru itu banyak perkara yang disebut tidak berasaskan situasi atau realiti masakini. Keadaan ini menyebabkan banyak kelemahan terdapat dalam bajet Pakatan Harapan.

“Sebaliknya jika kita bandingkan dengan Bajet 2016 oleh Barisan Nasional jauh berbeza. Ia dirangka oleh pelbagai pakar kewangan dan dirujuk serta dirunding dengan pelbagai pihak. Perkara yang disebut dalam bajet BN bersandarkan asas asas kukuh serta realistik dan ada kredibiliti,” kata Shamsul.

Bagi Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abd Manap, parti pembangkang yang kononnya mengangkat aspirasi serta mewakili suara golongan muda dan belia di negara ini tidak seperti digambarkan.
Anuar yang juga Presiden Majlis Belia Felda Malaysia berkata bajet alternatif yang ditawarkan langsung tidak diterjemahkanmelalui aspirasi yang dicanang-canangkan kepada golongan belia.

“Bajet alternatif mereka tidak lebih dari sekadar mimpi dalam mimpi bukan sahaja tidak memperuntukkan apa-apa untuk golongan tersebut malah perkataan belia juga langsung tidak disebut dalam teks bajet mereka.

“Yang ada cuma perkataan golongan muda, itupun sekali sahaja disebutkan dan ianya bukan dalam apa-apa bentuk peruntukan pun,” kata Anuar.
Sebab itu, ahli-ahli parlimen pembangkang sendiri ketika berbahas tidak membangkitkan cadangan yang ada dalam bajet mereka sebalik menghentam bajet kerajaan selain isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang tiada kaitan dengan Bajet 2016.

Post a Comment

1 Comments

  1. Malang betul Parlimen Malaysia yang tercinta ni dihuni oleh parti2 pembangkang yang RASIS macam DAP dan Melayu2 bodoh yang menjadi baruah DAP.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..