Wednesday, October 28, 2015

Tambang LRT Ampang Line PERCUMA Selama Sebulan #RapidKL @myrapidkl


Prasarana Malaysia Berhad, pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid KL menawarkan perjalanan percuma sebulan untuk penumpang di laluan empat stesen baharu Ampang Line yang akan mulai beroperasi pada Sabtu ini.

Dalam kenyataan syarikat itu berkata, empat stesen terbabit akan menggunakan perkhidmatan AMY, tren enam gerabak.


Token perjalanan sehala percuma disediakan di Pejabat Khidmat Pelanggan di Stesen LRT Sri Petaling dan di semua empat stesen terbabit - Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5.

Para penumpang juga boleh menggunakan MyRapid Cards dan kad transit Touch 'n Go untuk perjalanan percuma itu.

"Kami menyarankan penggunaan MyRapid Cards untuk keselesaan perjalanan dalam rangkaian kami yang membabitkan jajaran LRT dan Monorel serta jaringan bas Rapid KL termasuk Bus Rapid Transit - Sunway Line," kata presiden Prasarana Datuk Azmi Abdul Aziz.

Berikutan proses peningkatan sistem isyarat yang sedang dijalankan, tren baharu akan berhenti di stesen Sri Petaling dan penumpang perlu menukar tren untuk meneruskan perjalanan di jajaran sekarang iaitu laluan Sri Petaling ke Sentul Timur.

"Demikian juga para penumpang dari Ampang Line perlu turun di stesen Sri Petaling untuk meneruskan perjalanan ke empat stesen baharu itu," jelas Azmi.

1 comment:

  1. sudah- sudahlah projek kat KL...
    Masa utk fokus perbaiki sistem pengamgkutam awam di setiap ibu negeri pulak...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...