Sunday, October 11, 2015

Wanita Dakwa Memasuki Pesawat Terhempas Milik #MAS #MH370 ?

Gambar Hiasan
Polis Sabah mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan bangkai pesawat di kepulauan di selatan Filipina.

Ketua Polis Sabah, Datuk Jalaludin Abdul Rahman dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu malam, mengesahkan laporan itu diterima dan siasatan akan dijalankan.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Sandakan oleh seorang lelaki bernama Jamil Omar pada Jumaat.

Menurut Jalaludin, pengadu mendakwa, ibu saudaranya Siti Kayam telah menemui satu bangkai kapal terbang di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi.

"Pengadu mendakwa, ibu saudaranya telah memasuki bangkai pesawat itu dan melihat terdapat banyak rangka manusia dan telah menemui sehelai bendera Malaysia berukuran 70 inci panjang dan 35 inci lebar," katanya.

Justeru, katanya, Cawangan Khas Polis akan mengambil keterangan daripada pengadu bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai perkara itu.

Beliau bagaimanapun, menegaskan, sama ada maklumat itu benar atau tidak, ia belum dapat dipastikan setakat ini.


No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...