Friday, October 23, 2015

YDP Agung Menjalani Rawatan Di IJN


Istana Negara menjelaskan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, berangkat ke Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi untuk menjalani pemeriksaan berkala yang telah ditetapkan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wira Awang Kechik Abdul Rahman, berkata Seri Paduka berangkat ke IJN pada 10.30 malam tadi dengan kenderaan rasmi. “Seri Paduka sedang berehat dan dijangka akan kembali memulakan tugasnya dalam masa terdekat.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menzahirkan rasa terharu atas keprihatinan semua rakyat. “Baginda berdua mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Malam tadi viral di laman media sosial mengenai tahap kesihatan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...