Friday, December 4, 2015

5,732 Perwakilan Sertai Perhimpunan Agung UMNO 2015 #PAU2015


Seramai 5,732 perwakilan akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula dari 8 hingga 12 Disember ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, daripada jumlah itu, 2,762 merupakan perwakilan pada perhimpunan agung parti manakala 993 orang adalah perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda (992 orang) dan Puteri (991 orang).

“Sebanyak 85 delegasi mewakili 22 parti dari 15 buah negara telah mengesahkan kehadiran mereka untuk Perhimpunan Agung UMNO 2015 selain 86 perwakilan daripada 79 Kelab UMNO Luar Negara serta Badan Perhubungan Negara.
“Selain itu, seramai 1,453 petugas media daripada 60 buah agensi iaitu 50 tempatan dan 10 antarabangsa akan turut terlibat dalam perhimpunan kali ini,” katanya kepada pemberita dalam taklimat Perhimpunan Agung UMNO 2015, di sini hari ini.

Menurut Tengku Adnan, pelbagai program telah diatur menjelang perhimpunan itu seperti Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2015 (Pemanas 3.0) yang bermula hari ini hingga 6 Disember, Simposium Keusahawanan 2015 (4 hingga 6 Disember) dan Pidato Piala Presiden UMNO 2015 (8 Disember).

Beliau berkata, Majlis Taklimat Presiden akan membuka tirai perhimpunan pada Selasa yang akan dihadiri Ahli-Ahli Majlis Tertinggi, Exco sayap-sayap parti, ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, naib ketua bahagian serta ketua sayap setiap bahagian.

Ia disusuli Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta Mesyuarat Majlis Tertinggi Khas pada 9 Disember manakala perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2015 pada 10 Disember.

“Persidangan kemudian diteruskan sehingga 12 Disember. Selain Ucapan Dasar Presiden, usul-usul yang akan dibahaskan membabitkan permasalahan ekonomi, agama dan pendidikan,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkai­tan, Tengku Adnan berkata, keputusan sama ada Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan ucapan penggulungan pada hari akhir persidangan hanya akan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Khas.

“Pada pandangan saya mema­dai ucapan penggulungan Presi­den tetapi sebarang keputusan hanya akan diputuskan da­­lam mesyuarat Majlis Tertinggi Khas itu nanti,” katanya.


Sumber : Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...