Tuesday, December 22, 2015

Jangan Bertindak Sesuka Hati, Lapor Jika Ada Penipuan – @NajibRazak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang kes penipuan perdagangan supaya tindakan dapat diambil.

“Sekiranya ada sebarang kes penipuan perdagangan atau jual beli, laporkan kepada pihak berkuasa yang akan menyiasat dan mengambil tindakan sepatutnya.
“Jangan bertindak sesuka hati,” kata Najib dalam catatan di laman Facebook beliau.


Semalam, sekumpulan lelaki dipercayai pelanggan dan jurujual telefon bimbit bergaduh di tingkat bawah pusat beli-belah Kota Raya di sini.

“Saya memandang serius kejadian pergaduhan di Kompleks Kota Raya yang telah mencetuskan kebimbangan masyarakat,” kata Najib.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup menyangkal andaian bahawa insiden pergaduhan itu adalah isu perkauman.

Sebaliknya, beliau menegaskan insiden itu tercetus akibat perasaan marah dan tindak balas berhubung isu hak kepenggunaan melibatkan jual beli telefon antara pembeli dan penjual.

3 comments:

  1. Peniaga yang didapati bersalah bukan sekadar diarah memulangkan wang pelanggan yang ditipu, sebaliknya mesti didenda dan digantung lesen perniagaan. Sekadar amaran tidak akan membaiki keadaan. Amaran kuat bagai meriam buluh saja.

    ReplyDelete
  2. Segera wujudkan hardware dan kedai sparepart automobil melayu,jika tidak masalah penipuan dan penindasan melayu akan berterusan. Tak mustahil satu hari nanti pergaduhan juga berlaku kerana masalah penipuan di kedai hardware dan sparepart

    ReplyDelete
  3. Pihak berkuasa lebih proaktif membuat pemantau dan intipan secara berterusan, jangan tunggu pengguna membuat laporan. Dimana transfomasi kerajaan. Pada pandangan rakyat keadaan semaking teruk, tambahan pula kos sara hidup makin membebankan.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...