Full Width CSS

Peniaga Menipu Pelanggan Tak Kena Apa-Apa Pulak?



Seorang penjaga tempat letak kenderaan yang dikaitkan dengan kekecohan di Kompleks Kota Raya baru-baru ini dihukum penjara empat hari dan denda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mengugut lima jurujual telefon bimbit di kompleks tersebut, tiga hari lalu.

Majistret Saifulakmal Said memerintahkan hukuman penjara terhadap Khairuddin Arbi Omar, 38, bermula dari tarikh tangkap iaitu pada hari kejadian dan tertuduh boleh dipenjara dua bulan lagi sekiranya gagal membayar denda.
Lelaki itu didakwa mengugut Chaw Wai Kit, 20; Lim Wai Hong, 27; Wong Weng Kong, 23; Liew Wai Chung, 21, dan Yong Haw Nam, 22, untuk memecahkan kedai tempat mereka bekerja di tingkat bawah kompleks tersebut di Jalan Tun Tan Cheng Lock, di sini pada pukul 5 petang, 20 Disember lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Farith Muhammad Faizal mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Kompleks Kota Raya di ibu negara terpaksa ditutup pada Ahad lalu selepas sekumpulan lelaki menyerang pekedai te­lefon bimbit.

Difahamkan, pelanggan yang tidak berpuas hati dan mendakwa ditipu berkumpul bagi membincangkan masalah yang timbul dengan beberapa peniaga di kompleks tersebut sebelum pergaduhan tercetus apabila beberapa individu yang mendakwa turut ditipu hadir dan mengerumuni tempat kejadian selepas mereka dihubungi menerusi Facebook.

Terdahulu, peguam, Zulkifli Awang yang mewakili Khairuddin memohon hukuman anak guamnya diringankan kerana ini merupakan kesalahan pertamanya dan pengalaman ditahan selama tiga hari sudah memberikan pengajaran yang besar kepadanya.

Walau bagaimanapun, Muhammad Farith memohon hukuman setimpal dijatuhkan dengan mengambil kira gangguan emosi yang terpaksa dihadapi oleh mangsa-mangsa dalam kes ini.

Mengikut fakta kes, pihak polis menerima panggilan telefon daripada orang awam kira-kira pukul 4.56 petang pada hari kejadian yang memaklumkan terdapat pergaduhan berpunca daripada penjualan telefon bimbit di Kompleks Kota Raya.

Bertindak atas maklumat, pihak polis telah menahan tertuduh di kawasan tempat letak kenderaan di Jalan Tun Tan Siew Sin, di sini sebelum dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah mengeluarkan kata-kata berunsur ugutan dan ancaman kepada jurujual-jurujual telefon bimbit di kompleks tersebut.

Sumber : Utusan Malaysia

Post a Comment

2 Comments

  1. Itu biasa bro..nasib kaum melayu yg jujur...sentiasa tertindas...

    ReplyDelete
  2. Cina cina babi terlepas...itu lah sendiwara pihak berkuasa...makan rasuah terlalu banyak..SIAL memang SIAL.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..