Tuesday, December 22, 2015

Penjara 3 Tahun Bagi Pesalah Edit Muka Pemimpin


Di Mesir, seorang lelaki dihukum penjara 3 tahun kerana menyiarkan gambar Presiden negara terbabit seperti kepada Mickey Mouse.

Ini kejadian & tindakan tegas di Mesir namun di negara kita, rakyat bebas melakukan apa² saja bentuk propaganda yang pertamanya bakal memberikan implikasi negatif kepada seseorang pemimpin terutamanya Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak.



Bukan niat untuk memperlekehkan negara sendiri namun sebagai rakyat saya melihat dalam skop yang lebih luas. Terdapat 2 kesan daripada penyebaran gambar yang telah diubahsuai iaitu ;

1. Dipercayai
2. Menjadi bahan jenaka

Alasan perkembangan media sosial hari ini di Malaysia yang kian tidak terbendung, rasanya sudah tidak boleh digunakan lagi. Kita sudah mempunyai agensi yang boleh menguatkuasakan akta Multimedia namun kita menghadapi masalah dari segi undang² untuk memastikan pesalah dihadapkan ke muka pengadilan.

Sekiranya ia tidak dibendung, dibimbangi banyak lagi isu serta propaganda jahat dari pihak tidak bertanggungjawab bakal memusnahkan lagi keharmonian negara.

Lihat contoh² di bawah.



Di atas ini adalah beberapa contoh yang didapati dari laman media sosial dan telah menjadi viral serta hangat ketika mula² dikeluarkan oleh Pembangkang walaupun gambar tersebut nampak hodoh. Namun kepercayaan rakyat terhadap gambar tersebut, amat mengecewakan.

Apatah lagi dengan isu yang dituduh terhadap Perdana Menteri, sememangnya merupakan fitnah paling ketara walaupun Perdana Menteri sendiri mengakui tidak pernah mengenali siapa individu yang dituduh bersamanya sebelum ini.

2 comments:

  1. itu dia jangan berlengah hukum sesiapa yg mengutuk dan memperlekeh pemimpin keterlaluan

    ReplyDelete
  2. Undang-undang yang ada memadai cuma penguatkuasaan saja yang terlalu lemah.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...