Friday, December 11, 2015

Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Dikecam Ahli MKT Kerana Gagalkan Perkongsian Ilmu


Beberapa orang Ahli Majlis Tertinggi UMNO menyuarakan rasa tidak puas hati dengan tindakan Timbalan Pengerusi Tetap menghalang ucapan Ustaz Fathul Bahri Mat Jahaya ketika berucap menyokong usul Ucapan Presiden UMNO petang tadi.

Menurut sumber, ahli MT terbabit menyatakan perasaan tidak puas hati tersebut dalam Whatsapp Group MT.

Tindakan Mohamad Aziz turut menimbulkan tanda tanya di kalangan pemerhati politik sama ada beliau cuba menganggu ucapan menyokong Presiden UMNO.
Adalah sangat aneh untuk Timbalan Pengerusi Tetap menghentikan ucapan pembahas tanpa mendengar apa yang pembahas tersebut sebutkan. Sebelum ini terdapat khabar angin Mohamad Aziz antara yang menyokong Tan Sri Muhyiddin.

Fathul Bari sebelum itu sedang memberi contoh-contoh sejarah zaman Rasullullah mengenai taat setia fitnah yang berleluasa tiba-tiba dihentikan oleh Mohd Aziz yang menganggap tidak lagi perlu lagi membentangkan sejarah Rasulullah mengenai fitnah kerana takut masyarakat umum salah faham.

Namun Fathul ketika ditemui bersangka baik dan menganggap mungkin Mohamad Aziz tersalah sangka dengan apa yang ingin beliau ucapkan.

“Saya berpendapat bahawasanya Timbalan Pengerusi Tetap mungkin salah faham dengan apa yang ingin saya sampaikan. langsung tidak timbul soal merendah atau mengaibkan Ahlul Bait, mashaAllah tapi saya bukan Syiah, saya Ahlul Sunnah,” katanya selepas didakwa diberhentikan berhujah di PAU 2015, di Dewan Merdeka, PWTC.

Sementara itu, menurut Fathul dalam perbahasan awal, Khalifah Uthman ibni Affan dikatakan pernah berhadapan dengan situasi desakan untuk melepaskan jawatan selaku pemerintah pada zaman beliau, namun tidak dapat melepaskannya atas sebab patuh kepada agama.

“Uthman bin Affan ketika mana dipaksa meletakkan jawatan, dia kata aku tak boleh letak, kenapa? Dia bacakan hadis Nabi Muhammad S.A.W tentangnya, katanya: Wahai Osman, sekiranya ada golongan suatu ketika nanti akan memintamu menanggalkan pakaianmu yang Allah pakaikan untukmu, maka jangan sekali-kali kamu lepaskan.

“Ini bukan soal pemimpin nak kena tukar, nak kena itu nak kena ini. Ini soal nasihat dan perintah agama kepada kita,” katanya ketika menyampaikan ucapan perbahasan ucapan dasar Presiden Umno di dalam Perhimpunan Agung Umno 2015 hari ini.

Fathul yang juga Exco Pemuda Umno berkata bahawa setiap apa yang dikurniakan di dunia ini termasuk kuasa dan jawatan adalah amanah dari Allah kepada hambanya.

Setiap yang dikecap oleh barisan kepimpinan kerajaan Umno dan Barisan Nasional hari ini dakwanya terjadi dengan izin Allah.

“Allah memberikan kuasa itu, kerajaan itu kepada sesiapa pun yang dia nak. Kuasa politik pada hari ini ia datang daripada rakyat, kita kena ingat, rakyat hanyalah penyebab, tetapi penentunya ialah Allah.

“Allah beri kuasa kepada Firaun, Allah beri kuasa kepada Namrud, Allah beri kuasa kepada Thalut, Allah beri kuasa kepada khalifah-khalifah Islam yang empat, Allah beri kuasa kepada kita Umno dan Barisan Nasional untuk mentadbir urus negara ini walaupun rakyat adalah penyebab, kita wajib beriman dan mempercayai ia datang dan pergi dengan kehendak Allah.

“Sebab itu saya tekankan, kesan kepada fitnah dan ujian ini cukup besar kepada manusia. Umar Al-Khatab, dia diuji dan kemudiannya dibunuh, Osman diuji dan dibunuh, Ali bin Abi Talib diuji kemudian juga dibunuh, kesan kepada ujian sangat-sangat besar, malah Aisyah juga diuji. Adakah ini bererti seseorang yang diuji itu bererti dia tidak baik, bererti dia zalim..tidak!

“Kita semua (hari ini) diuji dengan isu-isu di sekeliling kita, yang membantutkan perjalanan parti kita, dakwah kita,” katanya lagi.

Akhir sekali,jika hendak dibandingkan taraf pendidikan antara Tan Sri Mohamad Aziz dan Dr Fathul Bari, tidak terbanding. Tan Sri Mohamad yang merupakan Speaker DUN Johor dan pernah menjadi Ahli Parlimen Sri Gading selama tiga penggal hanya menamatkan persekolahan setakat darjah enam. Manakala Dr Fathul Bari adalah pemegang ijazah kedoktoran dalam bidang agama

Sumber : KL Chronicle

1 comment:

  1. Orang Melayu memang bebal! Gagal memahami falsafah, tiada ilmu kerana kurang minat membaca, tetapi suka gossip dan mengata guna teknologi! Kalau setia pun mereka berpuak-puak, tidak memahami akibatnya pada bangsa untuk masa depan. Tiada faham nilai maruah! tiada jati diri! Kurang usaha dan suka tumpang usaha orang lain!Yang penting bagi kebanyakan orang Melayu ialah kesedapan masa dekat dan tamak berkongsi!Jadi tak hairanlah walau di puak mana pun mereka sokong , mereka tidak mahu mendengar dan didengarkan!!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...