Wednesday, February 25, 2015

Tabung Haji Prihatin Laksanakan Badal Haji Buat Anak Kapal #MH17 @Tabung_Haji @azeezputera


Prihatin atas nasib yang menimpa mangsa² pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, pertengahan tahun lepas. Tabung Haji (TH) telah mengambil inisiatif sendiri melaksanakan ibadah haji buat mangsa-mangsa yang terdiri daripada anak kapal yang terkorban.

Menurut Pengerusinya Datuk Azeez, TH telah melaksanakan badal haji untuk mangsa-mangsa tragedi MH17 berkenaan kerana kerjasama yang terjalin sekian lama dalam mengendalikan jemaah haji Malaysia melalui penerbangan sewa khas MAS.

TERBAIK !! KL & Laos Setuju Buka Pejabat Atase Pertahanan Masing-Masing


Kerajaan Laos hari ini meluluskan permintaan Malaysia untuk membuka pejabat Atase Pertahanan (DA) di negara itu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata permintaan itu dikemukakan ketika lawatan beliau ke Vientiane tahun lepas.

Pembangunan Perumahan Di Kuala Lumpur Harus Diterajui Kerajaan - @joharighani_ttw @UMNOWP


Tapak-tapak perumahan awam sedia ada perlu digazetkan untuk kekal sebagai kawasan perumahan awam de­ngan tanggungjawab pembangunan semula hanya diberikan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi geran peruntukan daripada kerajaan.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, penglibatan pihak swasta dalam pemba­ngunan semula mesti hanya sebagai kontraktor dan bukannya sebagai pemaju bagi mengelakkan golongan berkenaan mengambil sebahagian tanah-tanah tersebut untuk keuntungan komersial.

Nga Kor Ming Tak Mahu Ada Perkataan Melayu Dalam Borang Kerajaan


Gambar di atas menunjukkan pemimpin DAP,Nga Kor Ming post 1 gambar dalam laman Twitter dan FB.ia hanya gambar yang cukup simple,tetapi mesejnya cukup terang,menghapuskan identiti Melayu untuk menjayakan konsep 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan parti itu sejak sekian lama.

Konsep tersebut menganggap semua bangsa adalah sama rata dan DAP mahu menghapuskan istilah bangsa.Mereka mahu setiap bangsa punya hak dan keistimewaan yang sama rata. Ia sejajar dengan Perlembagaan DAP yang menggariskan visi menghapuskan perbezaan bumiputera dan bukan bumiputera.

Tuesday, February 24, 2015

Kini Rafizi Pula Dikencing Hidup-Hidup Oleh Anwar Sekeluarga


Tak pasti sama ada nak kesian atau tidak bila tengok nasib bekas Pengarah Strategi pelingkup parti PKR sorang ni. Dek kerana idea yang 'bernas' dia ni lah punca ahli-ahli PKR dan Pakatan bertelagah dan meluat dengan segala perancangan dilakukan.

'KajangMove' yang dikatakan antara langkah terbaik untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti tersebut telah menjadi duri dalam daging apabila Menteri Besar Selangor ketika itu, Tan Sri Khalid Ibrahim cuba ditolak perlahan-lahan daripada kerusi empuk Menteri Besar dan digantikan dengan calon PKR di Kajang pada awal plannya.

Namun semuanya telah memakan diri. Apabila Wan Azizah dicanangkan bakal menggantikan Khalid tidak menjadi kenyataan. Kredibiliti Khalid pula tercabar apabila rekod baiknya di Selangor dilemparkan dengan pelbagai nista yang memalukan dirinya di hadapan rakyat. Begitu juga kepercayaan rakyat semakin pudar terhadap PKR.

Selain daripada itu tindakan memakan diri apabila Rafizi menyarankan kerajaan pusat menurunkan harga minyak selaras dengan penurunan harga minyak semasa dunia dan Rafizi mendakwa bahawa harga barang juga diyakini oleh Rafizi bakal turun.

Apa yang digambarkan oleh Rafizi ketika itu adalah semua kuasa-kuasa Pemborong & Peniaga di bawah pengaruh dia. Anytime arahan boleh dikeluarkan untuk turunkan harga kepada peniaga. Namun apabila harga minyak diturunkan, macam-macam kisah dijaja Rafizi antaranya nasib pemilik pam minyak pula dikatakan akan bangkrap akibat tindakan 'tak fikir' panjang oleh kerajaan.

Semalam si Rafizi useless memberitahu kepada pemberita bahawa Anwar Ibrahim tidak akan membuat pengampunan daripada YDP Agong. Pada fahaman pembaca, sudah tentu Rafizi ada berjumpa dengan Anwar di penjara dan berbincang mengenai hal ini.

"Setakat apa yang saya ketahui Anwar tidak pernah beri sebarang arahan" (memohon pengampunan daripada Agong) - Rafizi Lembu.

Tiba-tiba pula hari ini, keluarga Anwar berhimpun di depan Istana Negara untuk menyerahkan surat permohonan keampunan bagi pihak Anwar.

Aikkk semalam jer Rafizi baru kata Anwar tak akan minta maaf. Hari ini dah tukar pula. Game gila apakah ini yang cuba mereka mainkan?

Adakah ia dibuat tanpa pengetahuan Anwar ataupun memang Anwar sekeluarga dah tak minat nak gunakan khidmat Rafizi sebagai orang tengah yang sememangnya bakal spoiled kan banyak perkara.

Seperkara tambahan yang ingin dikongsikan bersama adalah dengan permohonan keampunan daripada YDP Agong ini, jelas memperlihatkan sebenarnya Anwar mengakui kesalahan liwatnya terhadap Saiful dan confirm dalam surat permohonan tersebut dinyatakan kekesalan atau mungkin penginsafan dia dan berharap Agong mengampunkan beliau.


Nanti kita cerita pasal tindakan bodoh daripada anak Anwar yang bingai nak bawa masuk campurtangan asing ke dalam negara berhubung isu liwat suka sama suka ni.

Salah Ker Bila Menteri Berbicara? @IsmailSabri60 @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi @HishammuddinH2O @Khairykj @PDRMsia


Adakah benar bila mana orang kata Pak Menteri seharusnya bijak berbicara? Ada juga yang kata Menteri seharusnya pandai untuk 'tackle' sesuatu isu....

Sejak beberapa hari ini heboh di laman sosial mengenai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, DS Ismail Sabri cuba mewujudkan ketegangan kaum dan bersifat rasis berikutan kenyataan beliau mengenai peniaga cina yang masih tidak mahu menurunkan harga barangan keperluan selaras dengan penurunan harga minyak negara baru-baru ini.

Indonesia Bayar Semula 'Jasa' Australia Guna Syiling #KoinuntukAustralia #Coin4Abbott


Isu hangat melibatkan Indonesia & Australia berhubung sabitan salah terhadap dua orang warga Australia yang didakwa terlibat menyeludup dadah ke dalam negara Republik tersebut sudah hampir mencapai tahap kemuncaknya.

Pertelingkahan tersebut bermula kerana Australia tidak bersetuju dengan cadangan Indonesia menghukum mati pesalah berkenaan kerana kerajaan negara Kangaroo tersebut sudah tidak mengamalkan hukuman sebegitu kepada pesalah di negara mereka. 

Percubaan Rekod Dunia Keliling Dunia Hancur Di Thailand Lagi


Bukannya sekali tetapi ini merupakan kali kedua kejadian mencipta rekod mengelilingi dunia dengan menaiki basikal menjadi lebur di bumi gajah putih ini.

Terbaru Juan Francisco Guillermo, 48 maut setelah basikal yang ditunggangnya dirempuh daripada belakang oleh sebuah kenderaan pikap.

Thursday, February 19, 2015

Apa Masalahnya Pemuda UMNO Buat Roadshow Kes Liwat Anwar @Khairykj @azwanbro @razlanrafii


Letihlah jadi Pemuda UMNO. Buat program salah, tak buat program pun salah pula jadinya.

Program penerangan oleh Tan Sri Shafee Abdullah berhubung prosiding mahkamah isu kes liwat Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tempoh hari sebenarnya memberi impak kepada golongan muda hari ini.

Wednesday, February 18, 2015

[Video] Pendedahan Penuh Kes Liwat Anwar Oleh Tan Sri Shafee Abdullah #KitaLawan

Kasihan Presiden MIC Terpaksa Hantar Sendiri Isteri Pergi Klinik


Ding dong krisis dua puak dalam MIC jalan terus bila Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel masih berdegil dan tolak cadangan Barisan Nasional untuk tubuh sebuah seketariat khas urus parti itu sehingga pemilihan semula diadakan.

Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar keluarkan kenyataan menolaknya tidak lama selepas Setiasaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor adakan sidang akhbar di Putrajaya umum cadangan berkenaan.

Sebelum itu Presiden MIC itu tidak hadir pertemuan yang dijadualkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ,Timbalannya Tan Sri Muhyiddin serta Tengku Adnan di Jabatan Perdana Menteri.

Lagi Pemimpin Pembangkang DAPig Pula Kantoi Menipu


Pengarah Urusan Kedai Rakyat 1Malaysia Datuk Dr Ameer Ali Mydin gesa wakil rakyat DAP tidak perdaya pengguna.

Jangan memperdayakan pengguna, semak fakta anda dulu, kata Pengarah Urusan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) Datuk Dr Ameer Ali Mydin kepada Lim Lip Eng berhubung dakwaan yang dibuat wakil rakyat DAP itu mengenai harga barangan di KR1M.

Kini Khalid Ibrahim Pula Nak Saman Wan Azizah


Sudahlah Ketua Umum (KETUM) dipenjara atas kesalahan meliwat orang. Presiden parti yang bergelar isteri kepada KETUM pula masih di dalam keadaan emosi kerana keputusan mahkamah tidak menyebelahi mereka. Ditambahnya lagi dengan Naib Presiden digalas oleh anaknya Nurul Izzah pun masih berada dalam keadaan mabuk KETUM.

Belum reda dengan isu penceraiannya dengan bekas suami dan kes menfitnah calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Utama Raja Nong Chik pada PRU 13 yang lepas di Lembah Pantai, Izzah masih lagi terus menunjukkan sikap merengnya dengan menghalakan semua kesilapan mereka terhadap UMNO yang pasti tidak merasa apa² nikmat hasil daripada perbuatan meliwat oleh bapanya.

[Video] Pekerja Rumah Mayat Mengaku Beberapa Kali Merogol Mayat


Seorang pekerja di rumah mayat di sebuah hospital di sini mengaku banyak kali membuat hubungan seks dengan mayat wanita kerana sukar untuk mendapatkan kekasih.

Lelaki itu, Sharkur Lucas mendakwa perbuatan berkenaan sebahagian daripada latihan biasa di tempat kerjanya.

Tuesday, February 17, 2015

[Video] Nurul Izzah Menipu, Bukti Terkini Anwar Tak Sakit Belakang


Nurul Izzah mendakwa bapa nya 'merana' sakit belakang disebabkan terpaksa tidur di dalam sel penjara yang tidak selesa seperti hotel 5 bintang. Elehhh baru berapa hari je dah kecoh sakit badan. Itu belum kena hukuman sebat lagi.

Janda beranak 2 tersebut juga mendakwa bapa nya sudah terlalu tua untuk menghadapi hukuman tersebut dan berharap orang ramai bersatu hati berdemontrasi bagi memberi tekanan kepada pihak berkuasa melepaskan bapa nya seberapa segera.

PRK DUN Chempaka : BN Perlu Ambil Langkah Bijak Elak Pembaziran & Fokus Bantu Rakyat Kelantan


Terdapat beberapa suara sumbang daripada kalangan rakyat terutama di pihak Pembangkang yang mengatakan UMNO / Barisan Nasional (BN) dilihat takut untuk bertanding di DUN Chempaka yang sebelum ini disandang oleh Nik Aziz.

Mungkin tidak terlalu lambat untuk saya ucapkan kepada macai² Pembangkang terutama yang hanya suka baca headline / tajuk artikel sahaja. Jangan terlalu menunjukkan kebodohan anda walaupun sememangnya anda berada di tahap bodoh sombong.

Pengusaha Restoran Mamak Sanggup Turun Harga Makanan Di Putrajaya


Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kepada UMNO Putrajaya terutamanya Pergerakan Pemuda UMNO kerana komited dalam usaha untuk membantu rakyat yang hari ini dilihat tertindas dengan sikap peniaga yang cuba mengaut keuntungan lebih.

Umum ketahui, harga pasaran minyak hari ini semakin turun dan berdasarkan faktor tersebut peniaga dan pengusaha diminta untuk lebih prihatin dengan keadaan semasa di mana pengguna tersepit di antara harga jualan yang masih lagi kekal seperti sebelum penurunan harga minyak tempatan.

Tiada Sebab Harga Barang Tidak Boleh Diturunkan @IsmailSabri60


Tiada lagi alasan untuk peniaga tidak mengurangkan harga barang berikutan penurunan tarif elektrik berkuat kuasa 1 Mac ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pengunjung Pantai Panik Lihat Hovercraft Tentera Menghampiri Pantai


Sebuah hovercraft besar yang digunakan oleh tentera Rusia dilihat menghampiri dan mendarat di atas sebuah pantai peranginan yang dipenuhi oleh pengunjung yang sedang berjemur dan bermandi manda ketika itu.

Pengunjung yang berada di sekitar pantai tersebut juga dilihat meninggalkan pantai tersebut sejurus hovercraft tersebut mendarat kerana merasa ketakutan dan bimbangkan akan keselamatan nyawa mereka.

Monday, February 16, 2015

Fakta Yang Perlu Anda Ketahui Pada Kes Liwat Anwar & Saiful


Kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula sejak 2008 telah menemui noktahnya pada 10 Februari lalu apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan Ketua Pembangkang itu bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Namun, pelbagai teori konspirasi dan tuduhan yang mengatakan Anwar tidak bersalah, sebaliknya dianiaya oleh “orang jahat” masih dicanang oleh pembangkang bagi meraih simpati dan mengelirukan rakyat. 

Unit Media Puteri Dah Dilanda Kuman Yang Merosakkan Hubungan Sesama Ahli


Penulis baru menerima berita yang agak mengejutkan tentang Ketua Puteri Umno, Saudari Mas Ermieyati Haji Samsudin. Sebagai salah seorang yang penting dalam sesebuah part, tindakan beliau kini agak mengejutkan serta mengecewakan barisan tertinggi parti yang di ketuai Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak serta ahli puteri UMNO amnya.

Setakat jam ini, berita yang di terima penulis ada asasnya. Saudari Mas Ermieyati seolah-olah menolak sebarang usaha dari unit media UMNO menerusi Media Puteri untuk menyebarkan maklumat tepat tentang penglibatan Puteri dalam sebarang aktiviti.

Malaysia Enggan Terima Tawaran Amerika Jual Hornet


Seperti yang pernah di dedahkan oleh Tun Mahathir satu ketika dulu, 8 pesawat F/A 18D Hornet yang berada dalam logistik TUDM sebenarnya tidak mencapai kemampuan maksima dan ia sengaja dilakukan sedemikian rupa oleh pengeluarnya iaitu Boeing.

Kononnya atas arahan dewan senat yang bimbang Malaysia akan menimbulkan ancaman ke atas jiran kita di seberang tambak.

Tuesday, February 10, 2015

Anwar Bersalah Liwat : Apa Kata Khalid Ibrahim? #LiwatTetapLiwat


Malaslah nak tulis panjang², banyak media dan sahabat di dalam Facebook telah berkongsi keputusan mahkamah terhadap Anwar yang didapati bersalah meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari.

Keputusan Mahkamah Penentu Masa Depan Negara #LiwatTetapLiwat


Kejadian liwat memang berlaku antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari. Itu yang diberitahu di dalam mahkamah sebelum ini.

Namun apa yang lebih menariknya lagi adalah kejadian tersebut berlaku atas dasar suka sama suka. Ada bukti yang cuba dinyatakan peguam bela Anwar sebelum ini menunjukkan gambar Saiful sehari selepas diliwat oleh majikannya masih dalam keadaan biasa dan tidak tergambar emosi nya terganggu.

Gempar Penyokong Pengsan Gara² Khabar Angin Anwar Bakal Jadi PM Penjara #LiwatTetapLiwat


Belum sempat Anwar tiba di Mahkamah Putrajaya pagi ini, satu kes belum dilaporkan lagi kepada pihak berkuasa apabila terdapat seorang penyokong tegar Anwar atau dalam istilah lain dipanggil penegak perjuangan LGBT negara telah koma / mabuk todi / meninggal dunia / pengsan.

Saturday, February 7, 2015

At least @IsmailSabri60 Buat Sesuatu Yang Bermanfaat Pada Pengguna #TurunHarga #WeAreAllIsmailSabri


Kecoh perang antara Kementerian bergandingan bersama Pengguna menentang Orang Tengah & Peniaga tak reda lagi.

Tak perlu cerita panjang-panjang ataupun menuduh orang yang memperjuangkan nasib rakyat terutamanya pengguna sebagai racist seperti yang digembar gemburkan oleh Lim Kit Siang, tapi Ismail Sabri walk the talk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...