Tuesday, March 31, 2015

#GST Bantu Kerajaan Banteras Urus Niaga Pasaran Gelap


Pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai esok adalah satu daripada cara untuk membanteras kewujudan aktiviti pasaran gelap.

Di bawah GST, hanya peniaga yang mempunyai rekod jualan dan pembelian yang dikemas kini sahaja layak untuk mendapat pelbagai kemudahan seperti menuntut cukai input dan membuat pinjaman bank.

Sampai Bila Rakyat Perlu Dimomokkan Dengan Jawapan Menteri Tidak Bijak? @KPDNKK @NajibRazak


Bagi menjalankan tugas pemantauan kawalan harga barangan terutamanya selepas 1 April 2015 (esok), KPDNKK memerlukan lebih ramai pegawai yang perlu bekerja kuat selama dalam tempoh 6 bulan pertama GST selepas dilaksanakan.

Ini semua bagi memastikan pengguna tidak mengalami masalah berkenaan kadar harga barang² yang dikhuatiri bakal melambung dan dijual pada kadar yang tidak menentu pada ketika itu.

Dua ADUN Useless Dari Perak Sibuk Halang Tugas #DBKL


Dua Adun PKR dari Perak dan empat lain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas tuduhan menghalang tugas seorang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika ditahan di tapak perhimpunan haram ‘‪#‎Kitalawan‬’, Jumaat lalu.

Kesemua mereka membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor.

Hahaha Dewan Rakyat Tolak Usul Pecat Ketua Polis Negara @KBAB51 @PDRMsia


Dewan Rakyat hari ini menolak usul tergempar memecat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dibawa oleh Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) berikutan kebimbangan wujudnya penyalahgunaan Akta Hasutan.

Keputusan itu dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di dalam kamar beliau hari ini.

Didenda Buka Seluar Kerana Tak Beli Seluar Sukan


Enam pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Ampang berdepan kejadian memalukan apabila diarah membuka seluar dan dipaksa mengikuti sesi pembelajaran hampir lima jam dalam keadaan separa bogel oleh guru sekolah itu, Rabu lalu.

Lebih menyedihkan lagi, dua daripada empat pelajar berkenaan tidak memakai seluar dalam, namun kerana patuh pada arahan, mereka membiarkan diri dimalukan tanpa rela bermula sekitar jam 10 pagi hingga 3.30 petang.

Monday, March 30, 2015

#GST : Ada Berita Baik Untuk Pengguna Daripada Pasaraya #Mydin @ameermydin @MydinMalaysia


Esok (Selasa), pihak pengurusan Mydin akan membuat satu pengumuman dan dikatakan berita baik buat pengguna di seluruh Malaysia.

Besar kemungkinan juga ia ada kaitan dengan pelaksanaan GST pada 1 April ini seperti di dalam gambar di atas.

Wanita Terkedu Dihendap Ketika Membasuh Pinggan


Seorang wanita terkejut apabila mendapati seekor ular tedung selar sepanjang tiga meter berada di kawasan rumah ibunya di Jalan Tahang Rimau, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Sabrina Asraf, 31, membasuh pinggan di dapur sebelum menjenguk ke luar tingkap selepas berasa pelik ketika terdengar bunyi bising haiwan peliharaan ibunya.

Bukti² Rafizi Dizalimi Polis @PDRMsia


Sepanjang tempoh Rafizi ditahan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), seperkara yang peliknya adalah bagaimana banyak gambar mengenai dirinya boleh diupload ke dalam laman sosial dengan memakai baju kaler purple (tahanan).

Ini satu persoalan yang mungkin barangkali banyak pihak ingin tahu?

Friday, March 27, 2015

Jawatankuasa Teknikal Perlu Ke Hadapan Menjelaskan & Menerangkan Cadangan Pelaksanaan #Hudud @ustazfathulbari


Penasihat Eksekutif Ilmuwan Malaysia (ILMU), Dr Fathul Bari Mat Jahya menggesa agar pihak Jawatankuasa Teknikal Pusat berhubung pelaksanaan hukum Hudud atau undang-undang jenayah Syariah tampil memberi penjelasan secara terperinci mengenai pelaksanaan hukum tersebut dan bukannya hanya berdiam diri.

Menurutnya, ini penting dalam memastikan pihak yang tidak berkepentingan dan mempunyai kepakaran dalam perlembagaan serta undang-undang termasuk ahli politik tidak mempolitikkan isu tersebut sehingga memberikan gambaran salah mengenai pelaksanaannya.

#Germanwing : Pilot Sengaja Terjunamkan Pesawat #A320


Siasatan awal mendapati Pembantu juruterbang pesawat malang Germanwings dengan sengaja menjatuhkan pesawat tersebut di kawasan pergunungan Alps selepas mengunci juruterbang dari luar kokpit.

Namun demikian, tiada sebarang petanda ia sebahagian daripada kegiatan pengganas, menurut jurucakap rasmi Perancis pada Khamis.

Thursday, March 26, 2015

Time Menteri Nak Bagi Taklimat #1MDB & #GST, Rafizi & Tony Phua Hilang


Ramai yang menjangkakan sesi penggulungan titah DiRaja oleh Kementerian Kewangan akan hangat dengan soalan-soalan panas oleh pembangkang. Tapi tekaan tersebut meleset kerana Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dapat selesai dalam tempoh sejam.

Dua ahli parlimen pembangkang iaitu Rafizi Ramli dan Tony Phua yang selama ini kerap mengkritik dan membuat tohmahan terhadap kerajaan berhubung 1MDB dan GST, hilang entah ke mana. Ramai yang menjangkakan dua nama terbabit akan berada di Dewan Rakyat ketika penggulungan kememterian terbabit.

[Video] Apa Benda Pula #BilaKLTidur Ni? #MyKL

Wednesday, March 25, 2015

Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Untuk Keselesaan Keluarga Anggota @HishammuddinH2O @NajibRazak


Melihat kepada keperluan semasa dan kepentingan aspek keselamatan dan kebajikan, Kementerian Pertahanan mempertingkatkan taraf hidup dan keselesaan warga tentera yang sanggup meletakkan kepentingan mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta.

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, pembinaan rumah keluarga seperti ini dilihat dapat memberi lebih keselesaan dan keselamatan kepada warga tentera dan keluarga. Ia juga dapat meningkatkan moral anggota-anggota untuk terus memberikan khidmat dengan lebih cemerlang dan komited serta dapat mencapai teras misi nasional dalam ‘membangunkan modal insan berkualiti’.

Tuesday, March 24, 2015

[Video] Apa Benda Pula #BilaKLTidur Nih? #MyKL

Penumpang Mabuk Beraksi Lucah Dalam Pesawat Diusir Keluar #BilaKLTidur


Seseorang yang perperangai tidak senonoh di khalayak awam pastinya akan menarik perhatian khalayak umum, bukan saja di Malaysia, negara-negara Islam malah negara Barat.

Jika ianya berlaku, individu itu akan sama ada dianggap tidak waras atau tidak bertamaddun. Bayangkanlah sekiranya ia berlaku di dalam pesawat!

Monday, March 23, 2015

Banduan Terlepas Hukuman Mati Setelah Diampunkan Sultan Johor #DaulatTuanku


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan memberi pengampunan kepada 10 banduan yang menjalani hukuman mati atas pelbagai kesalahan sempena Istiadat Kemahkotaan baginda.

Hukuman terhadap semua banduan berkenaan diringankan menjadi penjara seumur hidup dan sepanjang hayat.

Putar Belit Malaysiakini Terhadap Kenyataan Ku Nan & Kenyataan Biadap Extrimis Kristian, Eric Paulsen


Portal Malaysiakini terus menerus dengan agenda utama untuk memecah belahkan perpaduan orang Islam di sini. Jika sebelum ini dengan isu khutbah Solat Jumaat di Masjid, kini isu cadangan pelaksanaan Hudud di Kelantan pula menjadi modal mereka.

Sasaran mereka kali ini Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula difitnah apabila editor portal terbabit sengaja menggunakan tajuk artikel yang berbunyi "Ku Nan: Hudud PAS 'hudud politiklah'. "

Sunday, March 22, 2015

SKMM Harus Tutup Operasi BFM Radio @shaberyc @PDRMsia


Umum mengetahui Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan telah sebulat suara bersetuju dengan pembentangan pelaksanaan hukum hudud di negeri tersebut dan cadangan mengenainya akan dibawa ke Parlimen dalam tempoh terdekat.

Namun beberapa hari lepas, pengguna media sosial tempatan dikejutkan dengan sebuah video jijik dan biadap yang diterbitkan oleh The Business Radio Station (BFM).

Friday, March 20, 2015

Imuniti MP Bukan Mutlak, Nurul Izzah Wajar Ditahan - @razlanrafii


Imuniti atau kekebalan (keistimewaan) yang diberi kepada seseorang Ahli Parlimen (MP) di bawah Artikel 63 Perlembagaan Persekutuan bukan bersifat mutlak, total dan bebas sepenuhnya, sebaliknya masih mempunyai sekatan serta batasan tertentu.

Demikian tafsiran Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Raffi mengenai perkara itu kepada The Rakyat Post, apabila diminta mengulas kenyataan Pemuda MIC yang menyifatkan penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di bawah Akta Hasutan 1948 sebagai tidak wajar dan Malaysia boleh menjadi bahan kutukan dunia.

Tuesday, March 17, 2015

Pesawat America Airlines Berpatah Balik Selepas Langgar Burung


Pesawat American Airlines, AA1320 terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang JFK selepas terlanggar seekor burung semasa berlepas.

Menurut jurucakap American Airlines, pesawat berkenaan berlepas ke St. Thomas pada jam 1:20 petang dan telah berada 10 minit di udara seekor burung tersangkut di cermin hadapan pesawat.

Pesawat berkenaan telah kembali selamat mendarat dan pihak berkuasa lapangan terbang tempatan mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan mendapati tiada kerosakan serius berlaku.

Menurut pihak berkuasa, pesawat berkenaan membawa 126 penumpang termasuk krew.

PM @NajibRazak Imbas Kenangan Penganjuran #LIMA15 Semasa Menjawat Jawatan Menteri Pertahanan


Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak mengimbas pengalamannya menjadi Menteri Pertahanan ketika kali pertama Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) dianjurkan pada 1991.

Ketika berucap merasmikan LIMA edisi ke 25 pagi Isnin, Najib memberitahu hadirin ketika itu beliau berdepan berbagai kesukaran termasuk membina hotel dan chelet untuk kegunaan tetamu dalam masa yang singkat.

Monday, March 16, 2015

Untuk Elak Pakatan Pecah, PAS Ugut DAPig & PKR Untuk Setuju Dengan #Hudud

Pas bertindak memberi kata dua kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya bersetuju dengan langkah parti itu untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan jika tidak mahu kerjasama antara pakatan pembangkang terlerai.

Pilot #Jupiter Aerobatic Team Nyaris Maut Pesawat Bergesel Di Udara #LIMA15 #Langkawi


Empat juruterbang Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) cedera apabila pesawat aerobatik KT-1 Woong Bi terhempas semasa menjalani latihan di ruang udara Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pada pukul 2 petang itu berlaku apabila dua daripada enam pesawat Jupiter Aerobatic Team bergesel antara satu sama lain ketika melakukan formasi.

Menteri Pertahanan ASEAN Tandatangani Deklarasi Bersama #LIMA15 #Langkawi


Hari ini Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-9 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi.

Friday, March 13, 2015

Mayat Pendaki Ditemui Terawet Selepas 55 Tahun Hilang


Misteri kehilangan beberapa orang pendaki gunung terungkai selepas 55 tahun, apabila mayat dua daripada mereka dijumpai di puncak gunung tertinggi negara ini, Isnin lalu.

Menurut Mail Online, mayat pertama ditemukan oleh sekumpulan pendaki kira-kira 310 meter dari puncak Gunung de Orizaba, yang mempunyai ketinggian 5,610 meter.

[Video] Isu #GST Rafizi Jadi Kera Sumbang Bila Dakwaannya Hanya Berunsur Fitnah


PART 2
Debat mengenai isu GST yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UM).

Thursday, March 12, 2015

[Video] Debat Isu #GST Rafizi Duduk Tersipu Kantoi Tak Berjawab


PART I
Debat mengenai isu GST yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UM).

Pemandu Wanita Bas #RapidKL Terima Anugerah Pemandu Berhemah


Dua Kapten Bas Rapid KL termasuk pemandu bas wanita Puan Surahyu Abu Hussein hari ini diberi penghormatan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sebagai Pemandu Bas Berhemah untuk Kempen Ops Selamat 6/2015, yang dijalankan bersempena sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini. 

Menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri, Surahyu dan Encik Lee Chan Heng adalah antara 15 penerima anugerah untuk program Pengguna Jalan Raya Berhemah yang meliputi pemandu bas dan kereta serta penunggang motosikal.

Tuesday, March 10, 2015

Bungkusan Towel #MAS Dijumpai Di Pantai Barat Australia #MH370


Penemuan satu bungkusan tuala tertera logo MAS di pantai Barat Australia oleh sepasang suami isteri boleh dianggap petunjuk terbaharu bagi merungkai misteri kehilangan pesawat MH370 yang genap setahun pada Ahad lalu.

Tuala itu sedang dianalisis bagi mencuba dan mengesahkan sekiranya ia adalah dari pesawat yang hilang berkenaan.

Bina MRSM Di Ibu Negara Bagi Mengisi Permintaan Anak² Dalam Bandar @razlanrafii


Pergerakan Pemu­da UMNO Wilayah Persekutuan mencadangkan Kementerian Kemaju­an Luar Bandar dan Wi­layah mewujudkan Mak­tab Rendah Sains Mara (MRSM) di ibu negara, Putrajaya atau Labuan bagi membo­lehkan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang melanjutkan pengajian di institusi itu.

Ketuanya, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, perkara itu perlu dipandang serius memandangkan ketiga-tiga wilayah tersebut langsung tidak memiliki MRSM.

[Gambar] Cabut Bumbung Bas Gara² Aircond Tak Sejuk?


Sebuah bas pekerja tercabut bumbungnya setelah kenderaan yang mengangkut pekerja kilang tersebut telah hilang kawalan dan terbabas ke tapak pembinaan fly over di Seagate, Pulau Pinang.

Kejadian yang berlaku awal pagi ini telah menyebabkan bumbung bas terbabit tercabut akibat bergeser dengan tiang fly over yang sedang dalam pembinaan tersebut.

Monday, March 9, 2015

Blog Pencetus Perpecahan Ahli² UMNO Detected !!


Secara seriusnya, UMNO tak memerlukan orang tengah yang bertindak sebagai pencetus kepada perpecahan ahli² parti. Kerana kepimpinan UMNO akan silih berganti secara demokrasi dan tiada berlaku kekecohan dan insiden baling kerusi merah seperti Parti Kencing Rakyat (PKR) tahun lepas.

Namun sedikit pelik baca sebuah blog yang diyakini dimiliki oleh blogger pro UMNO yang cuba mencetuskan perpecahan kalangan ahli² dek kerana perjumpaan tertutup Presiden UMNO, Dato' Sri Najib Tun Razak bersama Ketua² UMNO Bahagian seluruh Malaysia.

[Gambar] YDP Agung Mungkin Lega Tak Minum Teh Dengan Anwar Kah Kah Kah


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Portal Hiburan Alih Isu Kegagalan Perhimpunan #KitaLiwat Dengan Gambar Artis Separuh Bogel?


Takda angin takda ribut tiba² muncul pula Diana Danielle dengan berpakaian separuh bogel dan dibaluti dengan bendera Amerika Syarikat di dalam majalah Esquire Malaysia.

Motif untuk bergambar sebegini tak dinyatakan tetapi dalam temuramahnya dengan Editor majalah tersebut ada dia katakan bahawa, Diana kini begitu cerewet memilih projek² yang memerlukan khidmatnya.

Sunday, March 8, 2015

Lim Lip Eng Useless Jangan Sibuk Masuk Campur Urusan Negeri Terengganu #TTB


Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman menempelak Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng yang mempersoalkan langkah-langkah yang diambil kerajaan negeri dalam menangani masalah sosial, sambil menegaskan, Terengganu mempunyai kaedah tersendiri untuk menangani masalah itu di negeri ini.

Malah katanya, pemimpin DAP itu tidak perlu mempertikaikan langkah yang dibuat kerana dia tiada hak untuk masuk campur dalam hal ehwal negeri ini.

Tuesday, March 3, 2015

Cikgu Berdarah Hidung Terima Gambar Bogel Pelajar Perempuan


Sudah jadi lumrah buat mereka yang memilih kerjaya guru untuk berhadapan dengan pelajar yang nakal serta susah dilentur. Tambahan pula dengan adanya cadangan untuk menghalang hukuman rotan dilaksanakan, lagi bertambah peninglah kan?

Namun, atas dasar tanggungjawab dan peranan sebagai ‘ibu bapa kedua’, para guru tetap meneruskan tugas mereka dengan penuh dedikasi.

Kecoh Betul Bangla Ceroboh Trek Laluan LRT Punca Tren Servis Slow Semalam


Petang semalam (2 Mac 15) ramai pengguna tren LRT aliran Kelana Jaya mengeluh gara² perkhidmatan tren terlalu slow (perlahan) pada waktu puncak. Dah lah hari Isnin, pastu tren pula buat hal. Ini mungkin keluhan penumpang yang terkandas lewat petang semalam.

Ini semua gara² sikap seorang penumpang yang tak pasti kategori apa yang boleh diklasifikasikan sikapnya hanya kerana dek perbuatannya merbahaya kepada tren telah menyebabkan pengguna lain menghadapi masalah untuk ke destinasi masing².

Bila Nak Ambil Tindakan Kepada Rafizi Yang Didakwa Akta BAFIA?


Pada sekitar bulan Ogos 2012, Blue Eyed Boy Anwar sekarang ini sudah pun memegang dua jawatan penting dalam PKR, Naib Presiden dan Setiausaha Agung iaitu Rafizi Ramli pernah didakwa di Mahkamah.....

Rafizi didakwa dibawah Seksyen 97 Akta Perbankan dan Kewangan [BAFIA]. Jika sabit kesalahan beliau boleh dipenjara tiga tahun atau denda RM3 Juta.

Malas Membaca Punca Nurul Izzah Tak Paham Istilah Public Inquiry


Penggunaan istilah 'Inkuiri Awam (Public Inquiry) dalam urusan Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya seperti yang kerap di mainkan oleh pihak pembangkang dan media pro- pembangkang adalah tidak tepat dan berniat jahat hanya untuk mengelirukan rakyat.

Istilah sebenar mengikut Seksyen 5, Bahagian Dua Jadual ke 13 Perlembagaan Persekutuan adalah'Siasatan Tempatan' (Local Inquiry) yang mana ia adalah siasatan secara tertutup yang hanya melibatkan Kerajaan Negeri/ Pengundi di kawasan itu/ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bahagian pilihanraya berkenaan yang membantah Syor Persempadanan Semula yg dicadangkan oleh SPR.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...