Saturday, January 30, 2016

Keluarga Miskin Tegar Dapat Beras 20kg Percuma Setiap Bulan #MyBeras


Keluarga miskin tegar yang berdaftar dengan Putrajaya bakal menerima 20 kilogram beras setiap bulan sebagai sebahagian bantuan kerajaan untuk kumpulan rakyat miskin, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri berkata, mereka akan menerima beras tersebut di bawah program MyBeras sehingga Disember 2016.

"Kerajaan amat prihatin kepada golongan rakyat yang terkesan akibat kenaikan kos sara hidup, terutamanya golongan miskin tegar. Di bawah program MyBeras setiap keluarga miskin tegar yang berdaftar, akan dibekalkan 20kg beras setiap bulan.
"Ini merupakan satu langkah, sehingga Disember 2016, untuk mengurangkan bebanan hidup keluarga miskin," kata Najib ketika berucap dalam majlis pengubahsuaian Bajet 2016 di Putrajaya, hari ini.

Program berkenaan merupakan salah satu komponen dalam usaha Putrajaya mengekang kenaikan kos harga barang keperluan harian rakyat.

Selain MyBeras, Putrajaya juga katanya akan meliberalisasikan kawalan kuota import (AP) bagi 8 produk pertanian terpilih untuk tempoh sementara untuk memastikan bekalan yang konsisten.

Ia termasuklah biji kopi mentah, daging kerbau, lembu, dan kambing.

Fama juga katanya akan membuka pasar belian terus pertanian melalui program "Myfarm Outlet" yang akan menjual barang makanan seperti ikan, ayam, daging, sayur, dan buah-buahan pada kadar 5% hingga 20% lebih rendah dari harga pasaran.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga diarahkan untuk mengenal pasti lebih banyak kedai jualan harga patut dan meningkatkan penguatkuasaan mereka.

Putrajaya juga katanya akan menyediakan tambahan tunai sebanyak RM50 bagi setiap tan padi bersih sebagai insentif input pengeluaran padi. – 28 Januari, 2016.

1 comment:

  1. Makan nasi lauk garam je kot standard miskin tegar ni...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...