Full Width CSS

Lagi Projek KLAV Dari Prasarana Untuk Keselesaan Penumpang LRT #RapidKL @MyRapidKL @AzmiAziz60


Menerusi projek Kuala Lumpur Additional Vehicle (KLAV), Prasarana Malaysia Berhad telah menyediakan 14 buah set empat gerabak buatan Kanada ini yang bakal muncul di Lembah Klang seawal bulan Jun 2016.

Tren generasi baru Bombardier Innovia Metro 300 bakal menggantikan tren dua gerabak yang masih digunapakai sehingga ke hari ini yang berusia hampir 20 tahun semenjak awal operasi tren PUTRA pada tahun 1998.


Semasa

Masa Hadapan

Untuk rekod, sebelum ini kapasiti penumpang dianggarkan sekitar 200 penumpang setiap tren dan pihak Prasarana mensasarkan setelah tren generasi baru on the rail track pertengahan tahun ini, kapasiti penumpang bakal bertambah ke 240 penumpang setiap tren. Apa yang pasti nanti, Kelana Jaya line akan beroperasi dengan tren empat gerabak saja sekaligus mengurangkan tempoh waktu menunggu para penumpang.

Beberapa penambahbaikan tren generasi baru ini bukan saja daripada segi saiz yang lebih luas bahkan peningkatan kapasiti penumpang dapat ditampung dan keselesaan para penumpang menjadi perkara utama selain dari segi aspek keselamatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz menjawab
soalan-soalan media

Selain daripada itu, tren ini memiliki bahagian hujung tren aerodinamik dengan bahagian cermin depan dan belakang yang lebih luas untuk pengguna menikmati pemandangan sepanjang perjalanan. Ditambah lagi dengan dilengkapi empat kamera litar tertutup (CCTV) pada setiap gerabak.




Post a Comment

3 Comments

  1. Penduduk dikawasan Selayang seperti dianaktirikan oleh spad. Sudahlah tiada perkhidmatan LRT ataupun Ktm, perkhidmatan Rapid yg sedia ada digantikan dgn bas buruk SJ . sebelum ni kelerapan bas adalah 15 minit Dan jarak masa sampai ke KL dalam sejam tetapi sekarang dah tak menentu..adakalanya terpaksa menunggu berjam jam Baru bas datang Dan jarak masa sampai ke KL pulak sehingga hampir 2 jam. Ini adalah disebabkan pemandu berhenti lama disetiap perhentian menunggu penumpang. Untuk pengetahuan spad gaji pemandu dibayar berdasarkan jumlah tiket yg dijual.

    ReplyDelete
  2. Saya cadangkan KTM Komuter Port Klang - Batu Cave di sambung hingga ke Selayang.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..