Full Width CSS

Latest : UMNO Kedah Hilang Kepercayaan Terhadap Mukhriz Mahathir


Pemimpin UMNO Kedah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi UMNO negeri.

Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selepas perjumpaan tertutup pemimpin UMNO negeri di Grand Alora Hotel, Alor Setar, sebentar tadi.

Sehubungan itu, katanya, seluruh kepimpinan UMNO Kedah merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat perubahan segera terhadap kepimpinan tertinggi parti negeri dan jawatan Menteri Besar Kedah.

Seramai 14 ketua bahagian kecuali Jerlun yang diwakili Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Othman Aziz.

Yang hadir sama ketua semua sayap parti dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional.

Post a Comment

2 Comments

  1. Tabung Haji ada, YAPIEM pun ada. Cuba sebut lagi pemimpin2 yang boleh kita yakini di Kedah?

    Balak dah habis. Lepas ni beras pun terbakar.

    ReplyDelete
  2. Pi lari cari bapak hang, si samseng kerala....tanya bapak nak buat apa skrg?

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..