Full Width CSS

Macai Pembangkang Salahkan Tuhan Tak Turunkan Bala Pada Perdana Menteri


Inilah jadinya akibat terlalu taksub dan barangkali sering termakan dengan kata² hasutan serta tertelan bait² persepsi daripada pelbagai pihak terhadap Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak mutakhir ini.

Apa kejadahnya macai ni kerja Tuhan double standard pada pemimpin?

Perkara yang mungkin si macai dungu ini kurang ketahui adalah Tuhan yakni Allah S.W.T melihat hamba²Nya sama saja baik dari segi rupa paras, pangkat dan segala²nya. Tetapi amalan yang membezakan setiap umat tersebut.

Dalam hal ini, kita sendiri tidak ketahui apakah bentuk amalan yang dikerjakan oleh PM dan tak semestinya setiap keburukan yang dilakukan oleh sesiapa saja akan diberikan balasan bala & ujian.

Mungkin saya boleh kongsikan antara ujian yang dilalui oleh PM kita walaupun bukan di Mekah. Antaranya ialah kehilangan pesawat MAS MH370 yang sehingga kini kehilangannya masih menghantui diri kita semua walaupun pelbagai pihak tampil membantu pencariannya.

Gambar edit pun orang masih percaya

Begitu juga dengan pelbagai fitnah yang dilontarkan kepada beliau daripada hari pertama menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ditambah lagi dengan pelbagai fitnah yang sengaja direka bagi merosakkan imej beliau seperti dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan model Mongolia, Altantuya walaupun beliau telah beberapa kali mengangkat sumpah bahawa tidak pernah terlibat dengan percaturan yang digembar-gemburkan.

Ada lagi ujian yang beliau terpaksa lalui, antaranya ketidakmatangan Pengarah² di pelbagai Kementerian dan agensi yang sering menimbulkan pelbagai reaksi kurang enak di kalangan rakyat sehingga menyebabkan beliau dilabel dengan pelbagai dakwaan.

Itu adalah beberapa contoh ujian yang terpaksa dilalui oleh Perdana Menteri tanpa perlu pergi ke Mekah menunaikan Umrah atau Haji.

Tuhan itu Maha Adil. Mungkin Dia tak duga kita dengan pelbagai perkara fizikal tapi mungkin ujianNya dalam bentuk emosi kepada kita. Terpulanglah kepada kita untuk menanganinya.




Post a Comment

6 Comments

  1. Most of all, we must never be deceived. We must never allow ourselves to think that anything in this world succeeds, fails, is given, taken, done, or undone WITHOUT Allah. It is only by our cCONNECTION to our Creator that we rise or fall in life, in our RELATIONSHIP with our world—AND with all of humanity.
    - Yasmin Mogahed, Reclaim Your Heart


     If you are Grateful to Him and believe....

    An-Nisā':147 - Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).

    (4:147) Why should Allah deal chastisement to you if you are grateful175 to Him and believe? Allah is All-Appreciative,176 All-Knowing.

    175. Shukr denotes an acknowledgement of benefaction and a feeling of gratitude. This verse states if a person does not behave ungratefully towards God then there is no reason why God should punish him.

    The attitude of gratefulness to God consists of acknowledging His benefaction in one's heart, in confessing it in one's speech and by manifesting it in one's deeds. It is the sum-total of these which is termed shukr. This attitude requires:

    (1) that a person should ascribe the benefaction to its real source, letting no one share in either the gratitude or the acknowledgement of benevolence;

    (2) that his heart should be overflowing with love for, and loyalty to, the Benefactor, and that he should have no attachment to His opponents;

    (3) that he should obey the Benefactor and should not use His bounties contrary to His directives.

    176.The word used here is shakir which we have translated as 'All-Appreciative'. In the context of the God-man relationship, when the word shukr is used in respect of God, it denotes 'appreciation of services'. When it is used in respect of man, it denotes his acknowledgement of God's benefaction and his sense of gratitude to Him. To say that God 'thanks' His creatures stresses that God is fully appreciative of the services which His servants have rendered and will recompense them liberally. This contrasts sharply with the attitude of human beings, who are generally slow and uncharitable in appreciating the services rendered to them, and quick and severe in censuring people for their omissions. As for God, He is lenient and prone to overlook man's omissions. On the contrary, He rewards man manifold for his good deeds.

    ReplyDelete
  2. Kalau dah sampai mempersoalkan kuasa ALLAH ..tak tahu la manusia ni di letakkan dlm kategori apa..masih Islam lagi ke manusia ni.

    ReplyDelete
  3. “Don’t question Allah’s mercy. Just ask for it and you’ll find it.

    Shaykh Omar Suleiman

    ReplyDelete
  4. Ayoyoooooooo..........yang komen tu geng aku foromer kat forum CARI!!!....kihkihkih. Tak pasal-pasal bangkem jadi fames. Blogger tuan tanah ni tahu tak bangkem ni MACAI NAJIB....? Tulisan dia selalunya penuh sindiran, menyindir ANTI NAJIB. Nampaknya Najib akan kehilangan seorang penjilat tegar. So hilarious......MACAI SENDIRI PUN TAK KENAL.HAHAHA......padan muka.

    ReplyDelete
  5. alaaa diknon .... mamat tu bersarcasm je pun ..... lurus bendul sangat awak ni ...

    ReplyDelete
  6. scam pun berpatut la kan..
    ni urusan hukum timpa bala ke tidak ke kan urusan Allah..kita ni bernafas pun Allah bagi pinjam je takyah la kita nak mempersoalkan orang tu kena ujian ke tak ke..kalau kena ujian pun tahu kah kita? Gembira kah kita kita melihat orang kena timpa ujian Allah? Adakah kita ambil iktibar dari kisah ujian itu?
    Yang Pastinya Allah lebih tahu dari apa yang kamu ketahui..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..