Full Width CSS

Mulai Jun 2016, Pelancong Ke Singapura Akan Diambil Cap Jari


Mulai Jun ini, semua pelawat / pelancong yang tiba di Singapura akan diambil cap jari mereka.

Menteri Negara Kanan Ehwal Dalam Negeri Desmond Lee, berkata demikian sebagai menjawab soalan mengenai keselamatan di sempadan dan ancaman pengganasan.

Menjawab soalan Anggota Parlimen (AP) Christopher De Souza dan Cik Joan Pereira di Parlimen hari ini (27 Jan), Encik Lee berkata dari segi kawalan di sempadan, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) melakukan pemeriksaan di pintu-pintu masuk negara. Polis pengawal pantai juga meningkatkan rondaan di kawasan perairan.

Pemerintah, kata beliau, turut melabur dalam teknologi. Inisiatif imbasan bio untuk merakam cap jari pendatang akan dilaksanakan di semua pusat pemeriksaan tahun ini.

Polis pula meningkatkan pengawasan, dan pemasangan kamera di blok-blok HDB dan tempat letak kereta dijadual siap tahun ini.

Bagaimanapun, Encik Lee berkata tindakan pemerintah semata-mata tidak mencukupi - setiap orang harus berwaspada. Sekiranya serangan berlaku, rakyat tambah beliau, harus kekal bersatu padu.

Berhubung soalan AP pembangkang Sylvia Lim tentang tindakan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) terhadap mereka yang menjadi radikal secara sendiri, Encik Lee berkata ia satu isu yang amat membimbangkan dan beliau akan memberikan penjelasannya esok.

Menjawab AP Tin Pei Ling pula, sama ada terdapat cukup tenaga kerja di MHA untuk mengendalikan golongan radikal, Encik Lee berkata tenaga kerja sentiasa ketat, tetapi ia akan memanfaatkan teknologi untuk mewujudkan keupayaan baru.


Sumber : BeritaMediaCorp

Post a Comment

0 Comments