Wednesday, January 27, 2016

Netizen Kecam Tindakan Lelaki Sengaja Perlekehkan Tugas & Bidang Kuasa Polis Bantuan #Prasarana @MyRapidKL


Semalam agak viral isu dakwaan seorang Polis Bantuan Prasarana bersikap 'kurang ajar' terhadap seorang individu berdialek Cina yang mahu mengutip sisa buangan di dalam tong sampah.

Naib Presiden Eksekutif, Jabatan Komunikasi dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana, Lim Jin Aun berkata, pihaknya sedia maklum rakaman yang tersebar itu dan siasatan sedang dibuat dari segenap sudut.

“Kita sedang menyiasat kes itu kerana ia merupakan insiden yang jarang-jarang berlaku.

“Ia merupakan kejadian terpencil dan tidak perlu diperbesar-besarkan,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Mengulas lanjut, Lim meminta orang ramai agar menghentikan spekulasi yang tersebar meluas di Facebook berhubung penyebaran rakaman aksi pertengkaran itu sementara menunggu kes yang disiasat mendapat jawapannya.

“Kita minta spekulasi ini dihentikan. Kita akan mengambil tindakan sekiranya dakwaan itu benar,” tambahnya.

Dalam pada itu, Lim menjelaskan, polis bantuan yang mengawal setiap stesen LRT mempunyai kuasa untuk menghalang sesiapa sahaja daripada mengutip sampah atau membuat sebarang aktiviti di mana-mana stesen tanpa kebenaran.

Katanya, aktiviti mengutip sampah telah diserahkan kepada kontraktor pembersihan dan pihak lain tidak dibenarkan mengutip atau mengambil apa sahaja benda di stesen LRT kerana dibimbangi akan mengakibatkan kecederaan atau mengotorkan kawasan awam sekiranya mereka berbuat demikian.

“Polis bantuan kami mempunyai kuasa untuk menghalang sesiapa sahaja daripada melakukan sebarang aktiviti di stesen LRT atas faktor-faktor keselamatan dan bagi menjaga tempat awam,” ujarnya.

Berikut petikan daripada reaksi netizen terhadap lelaki tersebut yang dianggap sengaja buat² tidak faham akan peraturan yang tertakluk.





No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...