Full Width CSS

Rizalman Saran DBKL Melonggarkan Penguatkuasaan Atas Faktor Kemanusiaan Terhadap Peniaga Sambilan

Datuk Rizalman Mokhtar (gambar) yang ditemui di pejabat beliau baru-baru ini telah menzahirkan kerisauan tentang kenaikan kos sara hidup.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak menyarankan agar DBKL dapat mencari formula bagi memberi kelonggaran kepada penjaja dan peniaga yang tumbuh secara mendadak untuk berniaga secara sementara dalam usaha menambah pendapatan bagi mengimbangi kenaikan kos sara hidup.

Pemberhentian pekerjaan disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu juga telah menyumbang kepada pertumbuhan penjaja dan peniaga kecil yang mengakibatkan kemiskinan bandar bertambah meruncing.

Rata-rata yang berniaga secara sementara ini bertujuan mencari pendapatan tambahan disekitar RM20-RM30 sehari melalui jualan kuih-muih, nasi lemak, air minuman dan berniaga hanya dalam tempoh 4 jam sehari.

Penjaja dan peniaga yang menemui beliau berharap agar permasalahan ini dapat dipanjangkan oleh Datuk Rizalman Mokhtar kepada DBKL.
Beliau juga memaklumkan bahawa UMNO Bahagian mengambil berat tentang permasalahan ini dan berterusan membantu dengan menyokong permohonan pinjaman TEKUN, memberi sumbangan modal awal untuk memulakan perniagaan, membantu penjaja dan peniaga mendapatkan ruang berniaga dan berbincang dengan DBKL dalam penempatan semula penjaja dan peniaga.

DBKL disaran agar dapat melonggarkan dan menggunakan faktor kemanusiaan sebelum tindakan penguatkuasaan diambil terhadap mana-mana penjaja atau peniaga yang benar-benar berniaga atas sebab terdesak untuk meneruskan kehidupan.

Post a Comment

0 Comments