Full Width CSS

Sebab Sebenar Mengapa Mukhriz Mahathir Tidak Dibenarkan Masuk Mesyuarat Majlis Tertinggi #UMNO


Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mukhriz Mahathir hari ini dimintakan untuk meninggalkan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.

Menurut Mukhriz, arahan tersebut adalah daripada Setiausaha Agung Umno.

Majlis Tertinggi UMNO dipercayai sedang berbincang mengenai masa depan Mukhriz yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan berstatus Menteri Besar.


"Mereka kata, pada siapa yang hadir yang tak dijemput untuk beredar. Ia merujuk kepada saya," kata Mukhriz ketika ditemui pemberita di lobi PWTC.

Ketika ditanya ia adalah arahan siapa, Mukhriz sekadar berkata: "Setiausaha Agung," katanya ringkas.

Beliau juga sempat melemparkan senyuman kepada wartawan yang ingin tahu mengapa dirinya beredar dari mesyuarat berkenaan sebelum memasuki keretanya.

Sumber : Pilihan Anda

_____________________________________________

Perkara yang mungkin para pembaca kurang faham dan perlu ketahui.

1. Memang ya Mukhriz Mahathir merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah tetapi jawatan tersebut bukanlah 'by default' atau secara automatik boleh terus jadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

2. Walaupun berjawatan selaku Menteri Besar Kedah mewakili UMNO, beliau juga wajib menerima jemputan terlebih dahulu dari pejabat Setiausaha Agung UMNO sebelum hadir untuk memasuki bilik mesyuarat.

3. Taraf sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri atau Menteri Besar ataupun Ketua Menteri tidak memungkinkan seseorang itu memasuki bilik mesyuarat sesuka hati jika tiada jemputan walaupun bapanya bekas Presiden UMNO sekalipun.

4. Jika tiada jemputan, takda sebab untuk hadir.

5. Sekiranya dijemput untuk hadir ke mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, peranannya hanyalah sebagai pemerhati dan tidak boleh bersuara / memberi cadangan / pandangan / berceramah / membantah / berceloteh kecuali atas permintaan Pengerusi ataupun Presiden.

6. Ada 2 kemungkinan kebiasaannya yang boleh dihuraikan daripada kejadian petang ini.
a) Mukhriz nak masuk mesyuarat untuk bela diri
b) Mukhriz sengaja menagih simpati sebagai propaganda politik

Ok bye

Post a Comment

16 Comments

  1. Tak bagi masuk sebab nak pecat dari kerusi mb dan pengerusi perhubungan kedah, betul tak? Kenapa bagi alasan bagai2 ni. Mudah je, kami nk pecat hang, so hang jangan masuk...

    ReplyDelete
  2. Itu pentingnya pengetahuan Anon 5:09. Bukan semua yg berjawatan dalam UMNO boleh sesuka hati masuk mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Ini kaedah yg telah digunapakai oleh UMNO since zaman bapa Mukhriz.

    ReplyDelete
  3. Habis kenapa menteri besar yg lain boleh maduk??. Kenapa selama ini mesyuarat MT Mukriz boleh masuk??.. Bodoh punya PM..

    ReplyDelete
  4. Tak semua Menteri Besar / Ketua Menteri dijemput serentak Anon 5:33

    ReplyDelete
  5. Perlembagaan yang pilih bulu, dulu boleh sekarang tak boleh, so apa yang dilakukan semenjak mesyuarat majlis tertinggi, ikut suka depa lah...aku dan seluruh keturunan aku tidak akan undi B N lagi...

    ReplyDelete
  6. tak dpt turut serta mesyuarat pun takpe la... rakyat sdg memerhati... jangan angkuh ketika masih berkuasa... tggu je PRU14... sape yg akan dihalau kelak oleh rakyat...

    ReplyDelete
  7. la ni kedah ada kes. bagi la masuk bincang. ada ape hal.

    ReplyDelete
  8. Mukhriz senaja mahu raih simpati sebab dia tahu tidak dijemput rasmi kenapa dia hadir? Lepas tu sengaja membuat polemik untuk menggandakan propaganda konon di halau?

    Sebenarnya Mukhriz ini dalam diam lembik dia cukup licik dan keras kepala. Sama seperti bapanya

    Pagi Ttadi selepas DS Najib bertemu mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Bukit Antarabangsa, Mukhriz sekali lagi menyusup berjumpa selepas itu untuk counter back Najib dengan Jemaah Pemangku.

    Sedangkan Jemaah Pemangku telah berikan ruang untuk beliau jelaskan dan bertemu selama beberapa jam 4 hari lepas.

    Nampak licik Mukhriz cuba sehabis mungkin mendapatkan simpati.. seterusnya mengheret pihak Istana Anak Bukit, Kedah untuk bertelagah dengan ahli politik dan akhirnya berlaku campur tangan.

    Mukhriz lupa bagaimana dengan mudah dia naik menjadi MB dulu dengan restu PM dan Sultan Kedah. Sekrng dia mula menderhaka.

    Kita lihat lakonan seterusnya Mukhriz dimana ayahnya MAdey menjadi Pengarah!

    ReplyDelete
  9. kalau iya pun..bersangka baik lah. Jgn ditafsirkan sesuka hati ja..

    ReplyDelete
  10. Eloklah bagi Mukhriz masuk bia 2 pihak bertemu mata. Tiap pihak huraikan sebab masing2. Mukhriz pun patut diberi peluang bela diri atau tunjuk sebab secara terang. Tak bolehlah dengar sebelah pihak je. Kena dengar dari 2 belah pihak barulah adil.

    ReplyDelete
  11. Sekakarang kau maha berkuasa, insyallah bila tiba masa, tuhan akan cabut segala jawatan, gelaran & kuasa yg ada pada diri mu...

    ReplyDelete
  12. Hancur hancur..umno hancor

    ReplyDelete
  13. Mukris macam x faham budaya kerja dalam UMNO. Nak buat undang2 sendiri ke?

    ReplyDelete
  14. X payah belit2 just to the point

    ReplyDelete
  15. yang benar tetap salah,kaki cai memang gitu.lantak you all lah.bye....bye....

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..