Tuesday, February 16, 2016

Kerjasama #Prasarana & Transport for London Menguntungkan Rakyat Sebagai Pengguna @NajibRazak @azmiaziz60


Prasarana Malaysia Bhd sebentar tadi memeterai MoU dengan Transport for London (TfL) bagi membuka laluan kepada kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua pengendali pengangkutan awam itu.

TfL adalah syarikat ditubuhkan di bawah akta khas yang bertanggung jawab menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam merentas Greater London di United Kingdom (UK).

MoU itu adalah lanjutan kepada perjanjian yang dimeterai sebelum ini antara SPAD dan Kementerian Pengangkutan UK.

MoU itu bertujuan menggariskan persefahaman antara kedua-dua pihak berhubung hak, peranan, tanggungjawab dan obligasi bagi tujuan kerjasama, dan untuk bersetuju bahawa kerjasama terbabit akan dilaksanakan menerusi Program Penempatan Kerja.


Dalam pada itu, demi memastikan keselamatan penumpang tren berada dalam keadaan baik dan selamat. Satu latihan simulasi kecemasan di stesen IOI Puchong. Dalam latihan tersebut, dikatakan tren yang membawa 100 penumpang telah tergelincir dan menyebabkan kecederaan kepada beberapa orang penumpang.

Pelan Tindakan Kecemasan atau Emergency Response Plan (ERP) ini dipantau oleh pegawai di bawha agensi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan kerjasama pelbagai agensi kecemasa negara pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba & Penyelamat dan Kementerian Kesihatan diwakili unit kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Haji Ahmad Nizam Mohamed Amin mengingatkan tentang pentingnya aspek keselamatan diberi perhatian pada setiap masa. 

“Urusan keselamatan ini, jangan sesekali kita ambil mudah. Sekali berlaku, walaupun kecil, akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan kepada perkhidmatan kita. Bukan mudah untuk memenangi kepercayaan orang awam kembali.


Ketua Pegawai Eksekutif PRAISE, Dato’ Ir. Zohari Sulaiman pula berkata latihan simulasi itu adalah penting untuk menguji tahap kesediaan dan kelulusan pembukaan fasa kedua LEP Laluan Ampang, yang dijadualkan pada 31 Mac ini. 

“Ujian ini perlu untuk SPAD menyediakan laporan lengkap kepada Kerajaan bagi mendapat kelulusan bagi pembukaan laluan berkenaan. Latihan simulasi ini juga akan membantu pihak polis dan bomba untuk lebih mengenali tentang fasiliti-fasiliti di stesen-stesen kita,” kata Ir. Zohari.

PRAISE, atau Prasarana Rail and Infrastructure Project Sdn Bhd, adalah anak syarikat Prasarana yang dipertanggungjawab untuk mengendalikan projek-projek infrastruktur pengangkutan awam seperti LEP. Selain Laluan Ampang, projek penyambungan jajaran LRT ini turut melibatkan Laluan Kelana Jaya daripada Kelana Jaya ke Putra Heights dan akan dibuka sepenuhnya pada 30 Jun ini. Untuk Laluan Kelana Jaya, latihan simulasi ERP akan diadakan pada 14 April ini di stesen Subang Alam.

Tahniah Prasarana kerana mencuba menjadi penyedia pengangkutan awam terbaik di Malaysia dan dunia.

1 comment:

  1. Masaalahnya kat Malaysia ni perlaksanaan sesuatu projek kerajaan tu macam sampah. Sepatutnya orang professional yg duduk kt tempat boss SPAD tu bukannya tunggul kayu yg dah reput macam Syed Hamid tu...itulah akibatnya bila semuanya dikuasai oleh orang2 politik...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...