Full Width CSS

Menteri Besar Kedah Yang Baharu Yakin Penyokong Mukhriz Akan Kembali


Datuk Seri Ahmad Bashah telah diumumkan sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu dan berkuatkuasa pada 4 Feubari 2016 setelah mendapat perkenan dari Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Sehubungan itu, Datuk Ahmad Bashah berkata perlantikannya sebagai Menteri Besar adalah disebabkan perlunya perubahan dalam pentadbiran.

“Kita bukan dipaksa tapi kita minta supaya dibuat pemilihan atau ada pertukaran dari segi kepimpinan kerana ketua UMNO bahgian kita rasa perlu pm buat perubahan itu kehendak kepimpinan dan saya serta timbalan saya bersama jemaah pimpinan suarakan hasrat supaya ada perubahan dan kita mohon presiden buat perubahan ini. Itu pandangan dan kehendak pemimpin parti dan sayap UMNO dan ADUN.” katanya.

Ketika menjawab kenyataan Mukhriz bahawa perlucutan jawatannya adalah langkah untuk mendiamkan Mukhriz, beliau menafikan dan menyatakan bahawa penyingkiran Mukhriz adalah disebabkan mahu memudahkan mereka untuk melaksanakan tugas demi rakyat.

“Mukhriz kata dia disenyapkan, itu anggapan dia.. Kita singkir dia sebab kita nak buat kerja.. Mana boleh senyapkan orang dan itu persepsi dia.. Kita cuma mahu perubahan” tambahnya lagi.

Beliau juga turut menjawab sindiran daripada Mukhriz terhadapnya agar tidak ‘terlena’ ketika mengangkat sumpah nanti dengan menyatakan bahawa sebenarnya beliau tidak lena tetapi khusyuk terhadap apa yang ingin disampaikan namun beliau tidak terasa hati terhadap sindiran tersebut.

“Mungkin lena menjadi viral.. Kadang-kadang kita rasa lebih khusyuk bila dengan aksi sebegitu.. Sedangkan saya duduk senarai depan.. Mungkin ia diedit tapi bila saya berjaga tak diambil pula.. Masa isu berjalan itulah yg dibuat
Saya kata kat pm saya tak lena.. Dia kata biasa la tu dalam parlimen pun pejam.

“Tak terasa hati apa yang disebut itu memberi semangat kepada saya, tak marah sebab dalam politik memang macam tu” katanya lagi.

Beliau juga turut menyatakan keyakinannya terhadap peralihankuasa dan UMNO masih lagi utuh.

“Saya cukup yakin kerana peralihan MB sudah berlaku beberapa kali tapi kita masih lagi padu yang penting kita nak bersama untuk jalankan tugas”

“Kita nak mempertahankan kuasa. Saya yakin Mukhriz sebut beliau nak membantu kerana sebagai orang parti kita nak semangat sebegitu.. Insyaallah kita akan tentukan agar terus berkuasa” ujarnya lagi.

Beliau juga turut menegaskan bahawa bukanlah hasratnya untuk menduduki jawatan tersebut, namun dia menerimanya agar UMNO akan lebih utuh.

“Walau pada awalnya bukan hasrat saya untuk saya duduki jawatan itu.. Saya tak gila jawatan itu kerana ia bukan cita-cita saya. Tapi dah berlaku saya terima.. Itu bukan matlamat perjuangan saya tapi nak lihat UMNO terus kuat” katanya lagi.

Berkenaan isu jawatannya sekarang, beliau akan melepaskannya sebelum proses angkat sumpah dijalankan.

Dalam pada itu, beliau turut yakin bahawa Mukhriz dan penyokongnya akan kembali bersama-sama memperkukuhkan parti itu.

“Saya yakin penyokong Mukhriz akan balik.. nak buat kerja besar kita tak boleh tinggal seorang itu.. Saya tak bimbang kerana mereka orang parti yang sayang kedah dan parti, saya yakin mukhriz akan bersama” katanya.

Dalam pada itu Majlis perlantikan Menteri Besar yang baharu akan diadakan pada 4 Febuari 2016 di Istana Anak Bukit. – SuaraTv

Post a Comment

3 Comments

  1. Assalam Bro,kehidupan ini umpama roda.Hari ni kita buat orang tapi nanti ada ketikanya orang buat kat kita pulak.Allah Yang Maha Mengetahui......

    ReplyDelete
  2. ala orang kat msia ni semua dah cerdik....kau spin mcm mana pun org tahu agenda kau.....sebab apa kau buat...siapa yang suruh.....jgn anggap semua org bodoh mcm kau.....

    ReplyDelete
  3. Ahmad BABIshah "perubahan"???

    Butoh lah!!!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..