Thursday, February 25, 2016

Rahman Dahlan Bidas World Street Journal Putar Belit Dakwaan Mereka @mpkotabelud


1. Dalam artikel terbarunya, Wall Street Journal (WSJ) sekali lagi mengesahkan agenda menentang Malaysia yang diperjuangkannya. jauh tersasar daripada standard kewartawanan lazim, WSJ terus dengan sengaja mengabaikan fakta sahih, sambil mendakwa laporannya berkaitan Malaysia tidak pernah dipersoalkan.

2. Kerap kali ditegaskan, isu 1MDB dan derma kepada Perdana Menteri tidak mempunyai sebarang kaitan. Hakikat derma itu diterima dari Arab Saudi telah disahkan oleh pelbagai pihak berkuasa. Peguam Negara merumuskan, siasatan menyeluruh yang dijalankan mendapati dana itu diperoleh dari Arab Saudi. Menteri Luar Arab Saudi mengesahkan ia disalurkan oleh Arab Saudi.

Beliau turut bersetuju dengan keputusan Peguam Negara Malaysia dan mengesahkan tiada salah laku di pihak Perdana Menteri Malaysia. Sebagai tambahan, Peguam Negara Switzerland turut mengesahkan Perdana Menteri bukan antara individu yang disiasat.

3. WSJ memilih untuk tidak menghiraukan semua fakta ini, dan terus mengemukakan apa yang disebut sebagai bukti untuk menyokong tuduhan liar mereka – semuanya berpunca daripada penentang Perdana Menteri menerusi Kempen Anti-Najib, yang hanya mengutamakan kepentingan politik mereka tanpa menghiraukan kesannya terhadap Malaysia.

4. Rangkaian televisyen BBC di Britain dan akhbar The Telegraph turut menyiarkan artikel Lidah Pengarang yang menentang WSJ. Malah, wartawan veteran BBC, Korensponden Keselamatan bagi Asia Barat dan hos rancangan War on Terror rangkaian itu, Frank Gardner, mengesahkan dengan sumber rapatnya di Arab Saudi bahawa derma sedemikian mendapat kelulusan pihak tertinggi Kerajaan. Menurutnya, penyaluran derma seperti itu adalah perkara biasa.

Siapa yang patut dipercayai? Wartawan WSJ - yang biasanya membuat liputan berita kewangan - atau pakar Asia Barat BBC apabila memperkatakan soal ketepatan maklumat dari Arab Saudi?

5. Tuduhan berulang tidak berasas dan tanpa bukti ini bertujuan memburukkan Malaysia dan pembangunan ekonominya tetapi Kerajaan tidak akan berdiam diri. Perdana Menteri kekal dengan perancangannya untuk memperkukuhkan ekonomi negara dan membantu rakyat. Perancangan ekonominya berjalan lancar.


ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN
PENGARAH KOMUNIKASI STRATEGIK BARISAN NASIONAL

4 comments:

  1. Apa lagi...saman la...boleh dapat duit free sambil mengembalikan maruah..Dah banyak kali selasa dah tapi tak saman2 lagi...

    ReplyDelete
  2. Rakyat tak nak dengar menteri menghentam WSJ macam orang tak ada otak. Gunakanlah saluran undang2 untuk membuktikannya. Takkan itu pun rakyat bodoh kat bawah ni nak ajar...wahai Menteri Rahman Dahlan

    ReplyDelete
  3. sabar bro... kalau lu islam dlm agama selalu mintak kita byk2 besabar..masanya akan tiba...& kalau lu bukan islam... agama lu mesti mintak lu jgn terburu2 dlm buat sesuatu perkara...pastikan kesahihan betul @ tidak sebelum buat tindakan...

    ReplyDelete
  4. ok ok ok. kes derma kita ketepikan tapi wang dari src yang masuk akaun najib bagaimana?
    perjalanan siasatan pun dah meragukan.pecat orang sana ,pecat orang sini..apahal? kalau najib pandai biar bawa kes ke mahkamah pastu beli hakim dengan kekayaan dia..semua senyap

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...