Full Width CSS

[Video] Isu Kitar Semula : Kerajaan Tiada Cadangan Lupus Kenderaan 12 Tahun @Akaprawi


Banyak isu yang sebelum ini pernah ditimbulkan oleh Pembangkang terutamanya dan menaikkan kemarahan rakyat telah pun terjawab oleh Menteri, pihak Kementerian mahupun agensi kerajaan.

Tetapi di dalam dunia tanpa sempadan hari ini, ianya seakan roda putaran di mana isu² hangat yang lama telah digunapakai kembali oleh pihak Pembangkang semata² untuk memberi imej negatif terhadap kerajaan terutamanya.

Lihat bagaimana isu konon²nya kerajaan bercadang melupuskan kenderaan yang telah berusia 12 tahun di atas jalan raya. Walhal cadangan tersebut bukanlah datang daripada pihak kerajaan sebaliknya ia adalah cadangan daripada Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Prof Datuk Dr Wong Shaw Voon yang memberitahu bahawa kereta melebihi tempoh 12 tahun tidak selamat berada di atas jalan raya.

gambar hiasan
Tetapi cadangan tersebut bukannya mewakili kerajaan. Ia adalah sekadar penyelidikan sahaja. Di Malaysia ni, pandu kereta berusia 1 hari pun boleh jadi kemalangan. Semuanya adalah datang dari sikap pemandu itu sendiri bukannya usia kenderaan. Bawa kereta buruk dan macam nak roboh pun tapi tetap boleh sampai destinasi kalau pemanduan berhemah serta enjin berada dalam keadaan baik.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi menjelaskan kerajaan sendiri sememangnya tiada langsung perancangan untuk cadangan tersebut. Maksudnya memang kerajaan tak da langsung terfikir untuk melupuskan kenderaaan berusia 12 tahun ke atas.

Isu ini bermula pada tahun 2013 dan bertambah complicated lagi apabila Rafizi Ramli menggunakan platformnya membuat sidang media di Parlimen dan mendakwa kerajaan sengaja menyusahkan rakyat dengan percubaan untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan bermula pada April 2015.

Lihat bagaimana isu ini sengaja diguna semula semata² untuk mengaburi mata rakyat dan menambah kebencian rakyat kepada kerajaan. Tepuk dada tanya diri, adakah berbaloi menyebarkan berita tidak sahih.

Lihat video di bawah.



Sebarkan. Terima kasih.

Post a Comment

2 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..