Thursday, March 31, 2016

11,897 Banduan Jalani Perintah #Parol Sehingga Hari Ini


Seramai 11,897 banduan selesai menjalani pemulihan di luar tembok penjara di bawah sistem parol sejak 2008, kata Ketua Pengarah Penjara Malaysia Komisioner Jeneral Datuk Seri Zulkifli Omar.

Beliau berkata jumlah semasa banduan yang sedang menjalani perintah parol sehingga hari ini adalah 543 orang.

"Sejak dilaksanakan, hanya segelintir Orang Diparol yang selesai menjalani pelepasan secara Perintah Parol, mengulangi jenayah dan masuk semula ke penjara.

"Pencapaian ini amat baik jika dibanding dengan pencapaian negara luar yang melaksanakan sistem sama," katanya dalam kenyataan.

11 April 2016 Bubar DUN Sarawak - Ketua Menteri


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem sebentar tadi dalam sidang media memberitahu bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan pada 11 April 2016.

Wednesday, March 30, 2016

Akhbar Cina Ragui Integriti Setiausaha Agung DAP #LGERasuah #NoSwimmingPool


Akhbar-akhbar bahasa Cina mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar memberi penjelasan dan tidak berdolak-dalik dalam isu pembelian rumah banglo miliknya di Jalan Pinhorn, Georgetown.

Akhbar Sinchew Daily semalam menyiarkan artikel oleh penulis bebas, Chong Shaw Min bertajuk ‘Kenapa Tidak Boleh Hindari Duit’ mempersoal integriti pemimpin DAP itu yang sepatutnya sedar peranannya sebagai ketua kerajaan menghalangnya daripada terlibat dengan urusan pembelian yang meragukan.

“Sebagai seorang ahli politik, apa yang dihadiahkan di depan mata itu memang bukan perkara rumit baginya, tetapi kerana semua itu adalah disebabkan kuasa dan kedudukan kita, barulah kita dapat menikmatinya.

“Walaupun anda kata itu bukan kerana ada kepentingan kepada pihak penjual, ini tidak memberi jaminan jika satu hari ia tidak menjadi alasan untuk mendapatkan kepentingan yang lain atau pun menjadi bahan dan peluang serangan pihak musuh,” katanya dalam artikel itu.

Australian Broadcasting Corporation (ABC) Memang Berdendam Pada Perdana Menteri @NajibRazak @KBAB51


DOKUMENTARI terbitan Australian Broadcasting Corporation (ABC) menerusi program Four Corners terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan bermotif dendam susulan penahan dua wartawan mereka ketika berada di Malaysia sebelum ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Khalid Abu Bakar berkata, program terbitan stesen televisyen antarabangsa berkenaan sengaja menerbitkan dokumentari bersifat kritikal untuk memburukkan pemimpin dan negara ini kepada masyarakat global.

[Video] 5 Fakta Menarik Isu Rumah Banglo Guan Eng

Bila Rafizi Nak Dedah Tender Taman Manggis? #LGERasuah


Rafizi Ramli sebagai hero terhebat mendedah segala macam kemungkaran dengan dokumen dokumen sulit yang senang didapati melalui talibarut yang bekerja dalam syarikat atau agensi atau bank, masih belum berjaya perolehi dokumen tender penjualan tanah Taman Manggis.

Tentu jika RR pilih untuk menunjukkan dokumen penjualan tanah yang sepatut nya milik rakyat miskin, dia sudah dapat menunjukan nya.

Tuesday, March 29, 2016

Himpunan Bebaskan Anwar Gagal Tarik Sokongan Walaupun Mahathir Muncul #LGERasuah


Bagi ProTun, jumlah ni dah memadai untuk jatuhkan Presiden UMNO. Tapi bagi Pembangkang, sambutan seramai ini adalah faktor-faktor kerunduman parti mereka membawa turun lebih sokongan orang ramai dari kawasan Pandan terutamanya.

Rafizi Ramli sebagai wakil rakyat gagal membawa sokongan rakyat bersama kerana banyak whats app group dia telah left dan menyebabkan mesej jemputan ke program ini tidak viral seperti diharapkan.

Monday, March 28, 2016

Lagi Stesen LRT #RapidKL Dibuka, Kali Ini Di Puchong


Hari ini Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menjemput pihak media ke sesi lawatan dan taklimat mengenai pembukaan baharu empat lagi stesen laluan LRT (LEP) di Bandar Puchong yang bakal memudahkan perjalanan orang ramai di kawasan berkepadatan tinggi umumnya.

Pembukaan empat stesen baharu ini dilakukan kurang daripada lima bulan selepas pembukaan empat stesen baru tahun lepas. Prasarana akan membuka empat lagi stesen baru Khamis, 31 Mac 2016.

Stesen tersebut adalah ;

1. IOI Puchong Jaya
2. Pusat Bandar Puchong
3. Taman Perindustrian Puchong
4. Bandar Puteri

Pemimpin DAPig Dakwa Rumah Banglo Guan Eng 'Feng Shui' Talak Baguih #LGERasuah ‪#‎NoSwimmingPool


Awal-awal dulu kata banglo tu murah pasal ‪#‎NoSwimmingPool‬ pastu divert macam-macam isu.

Then Tokong yang pegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tanah Pulau Pinang pun kata tak tahu nilai semasa rumah banglo yang dibelinya.

Friday, March 25, 2016

Tiada Mesyuarat MT UMNO Petang Ini !


Tiada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk membincangkan status keahlian Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Ahli MT UMNO, Tan Sri Annuar Musa, yang menafikan hal itu berkata tiada perancangan di peringkat kepemimpinan tertinggi parti untuk mengadakan mesyuarat berkenaan. 

Siapa Phang Si Owner Rumah Banglo Yang Jual Murah? #LGERasuah


Kontroversi pembelian banglo oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, Jelutong di sini, yang didakwa luar biasa murah turut menarik perhatian ramai tentang misteri pemilik banglo itu, Phang Li Koon.

Beliau yang sebelum ini dirujuk sebagai Miss Phang dikatakan membeli rumah banglo di alamat No. 25 itu pada Oktober 2008 pada harga kira-kira RM2.5 juta.

Peniaga Pasar Malam Di Kuala Lumpur Mulai Terima Kanopi, Meja & Apron Percuma #JanjiDikota @TengkuAdnanReal


Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melancarkan Program Transformasi Pasar Malam bagi menaik taraf sistem pengurusan dan imej perniagaan itu.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata pihaknya dan DBKL akan memberikan beberapa barangan logistik secara percuma kepada peniaga yang layak. 

Siapa Bakal Bergelar Juara Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2016? #PABM


Peringkat separuh akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2016 pada Rabu menyaksikan kejutan untuk peserta kategori antarabangsa yang berjaya memasuki pusingan akhir Jumaat ini.

Berlangsung di Hotel RHR Uniten, Bangi, Selangor, PABM telah melabuhkan tirai dengan kemenangan berpihak kepada sembilan peserta untuk memasuki pentas final yang terdiri daripada tiga orang bagi setiap kategori.

Thursday, March 24, 2016

Rakyat Perlukan Lebih Ramai Tuan Banglo & Pemaju Yang Letakkan Harga Rumah Bawah Paras Sebenar


Ini kes kat Penang memang 'lejen' apabila pihak penjual & pembeli tak tahu harga semasa rumah banglo tersebut.

So kadar harga ditetapkan mengikut nombor yang terlintas dalam kepala jer kot?

Wednesday, March 23, 2016

Terdesak Divert Isu, Perdana Menteri @NajibRazak Difitnah Konon Majalah TIME Bersekongkol #RespectMyPM

Cerita Sebenar Ketua Penerangan UMNO Cheras Didakwa #SPRM


Apabila membaca berita mengenai Ketua Penerangan UMNO Cheras, saudara Zamri Redzuan di dalam Facebook hari ini, dua perkara saja yang bermain di dalam fikiran saya.

Pertamanya, ini salah satu cubaan divert isu semasa yang sekarang sedang hangat tertumpu terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung kes pembelian rumah banglo yang meragu²kan banyak pihak.

Keduanya, saya fikir beliau telah difitnah.

Peserta #PABM Tahun Ini Lebih Fasih & Memukau #PABM

Bertemakan “Pengantarabangsaan Bahasa Melayu”, Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri @ PABM adalah satu acara tahunan pidato Bahasa Melayu yang terulung yang bermatlamat untuk memartabatkan citra dan kedaulatan bahasa Melayu di persada dunia.


Selepas dua hari pertandingan, seramai 10 pelajar antarabangsa mara ke pusingan separuh akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2016 hari ini.

Alamak Duta China Puji Kepimpinan Perdana Menteri Malaysia @NajibRazak #RespectMyPM


Kepimpinan dan pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mentadbir negara telah mendapat pujian dari Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang.

Memetik laporan The Star, semenjak memegang jawatan sebagai duta pada Januari 2014, Dr Huang telah menghadiri pelbagai majlis pelancaran projek ikonik, termasuk pelancaran Jambatan Kedua Pulau Pinang, Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi di Zoo Negara dan Forest City, di Johor.

Tuesday, March 22, 2016

Come On Malaysia Kini, Jangan Terdesak Sangat Nak Divert Isu #LGERasuah


Malaysiakini terdesak untuk memfitnah Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak dan Timbalannya, DS Ahmad Zahid Hamidi di saat ringgit kembali mengukuh di mana USD 1 adalah bersamaan dengan RM3.99, hari ini.

Pelik Bekas Owner Rumah Banglo Hantar Exco Negeri Bacakan Akuan Sumpah? #LGERasuah


Angin takda, ribut takda tiba² muncul muka apek racist dari Pulau Pinang ni.

Apa pasal ini Pee Boon Boh Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang pula yang muncul bacakan akuan bersumpah Phang Li Koon si tuan empunya banglo yang asal. Dia apa kena mengena dengan ini kes? Saudara mara ka?

Perdana Menteri @NajibRazak Merangkap Marketing Officer #RespectMyPM #KekalNajib


Hari ini apa yang banyak pihak lihat adalah Perdana Menteri Malaysia diselaputi dengan pelbagai skandal dan tuduhan tidak berasas dengan pelbagai isu semenjak hari pertama beliau menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan ini.

Sukarnya menjadi PM mungkin hanya Allah saja yang mengetahuinya. Tetapi daripada Tuhan yang Maha Berkuasa saja tetap memperteguhkan iman anak kepada bekas PM ke 2, Tun Abd Razak ini untuk terus mentadbir negara dengan baik.

Barangkali ada sebilangan antara kita yang tidak mengetahui tugas sebenar seorang PM. Apa yang kita nampak beliau hanya memimpin negara menuju kejayaan di samping membentuk perpaduan erat di kalangan rakyat.

Yakin Dengan PM, Pelabur China Labur US$2 Bilion Untuk Bandar Malaysia #RespectMyPM @NajibRazak


Dakwaan kononnya ekonomi Malaysia semakin merundum jatuh mutakhir ini, amatlah tidak benar. Indeks petunjuk pencapaian ekonomi Asia baru² memperlihatkan Malaysia dan Jepun merupakan negara terawal pulih daripada kesan ekonomi serantau yang melanda Asia awal tahun ini.

Yakin dengan keadaan ekonomi Malaysia yang semakin positif, syarikat multinasional China Railway Group Ltd (CREC) mengumumkan pelaburan sebanyak US$2 bilion (RM8.14 bilion) untuk mempunyai pejabat serantau di Bandar Malaysia.

Razlan Rafii Dakwa SUB KBS Telah Lama Buat Kerja Kotor Ini


Penahanan Setiausaha Bahagian (SUB) di Kementerian Belia & Sukan (KBS) seharusnya dilihat sebagai kejayaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyelesaikan masalah salahguna dana kerajaan untuk belia.

Bukan mudah untuk menyiasat salah laku. Lebih-lebih lagi mereka yang sudah berakar umbi mengetahui selok belok proses menguruskan dana.

Monday, March 21, 2016

[Video] Rakaman Pesawat #FlyDubai Jatuh Terhempas Dirakam CCTV #Pray4FlyDubai

Bekas Juara #PABM Dari Rusia Kahwin Warga Tempatan Kongsi Pengalaman Pertandingan

Olga Vasileskaya dan suami beliau Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman

Dalam tempoh dua hari lagi, Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2016 (PABM 2016) bakal membuka tirai dan pastinya menampilkan peserta-peserta yang hebat dari dalam mahupun luar negara.

Beberapa pemenang dan finalis PABM pada edisi-edisi yang lalu tidak ketinggalan dalam mengikuti perkembangan pertandingan itu yang dianjurkan buat kali ke-10 pada tahun ini.

Juara pertama PABM pada tahun 2007, Olga Vasilevskaya, 28, memberitahu, dia kini mampu memahami dan bertutur dengan lebih baik dalam bahasa Melayu setelah melibatkan diri dalam pertandingan tersebut.

[Video] Prasarana Jawab Dakwaan Tidak Adil Terhadap Program 'CEO Celebrity Walkabout 2016' @AzmiAziz60 #RapidKL


Kecoh dunia seketika apabila ada pihak (bukan RapidKL) tersalah quote waktu puncak bagi perkhidmatan LRT RapidKL pada waktu 11 pagi sehingga 2 petang. Realitinya dalam laman media sosial, sekali tersilap buat kesilapan maka seharian atau seminggu sesuatu perkara itu akan kena troll (perli berpanjangan) oleh netizen.

Inilah yang berlaku apabila pihak Prasarana telah menganjurkan program 'CEO Celebrity Walkabout 2016' baru² ini yang mendapat perhatian agak hambar daripada sebilangan pengguna media sosial terutamanya di Facebook yang melihat dari sudut lain.

Anak Muda Melayu Direkrut DAPig Untuk Tolak Perlembagaan Negara


Inilah perancangan pihak komunis yang cuba menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik dengan menolak serta mengubah 100% kepentingan Agama, Bangsa, Raja² Melayu dan Perlembagaan Negara.

Saturday, March 19, 2016

AWAS & KEJARA Akan Mula Dilaksanakan Mei Ini - Timbalan Menteri @AKaprawi


Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang menggabungkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) akan dilaksanakan mulai Mei ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata pindaan Akta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan sistem itu akan dibentang ke Parlimen bulan depan.

SPRM Diingat Jangan Double Standard Siasatan Terhadap Setiausaha Agung DAPig #LGERasuah


Ahli Parlimen Tasik Gelugor, YB Datuk Shabuddin Yahaya menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar segera ambil tindakan dengan melakukan siasatan ke atas pendedahan rumah Lim Guan Eng.

Rumah tersebut sebelum itu disewa kepada Lim dengan kadar RM5,000 sebulan setelah beliau enggan tinggal di rumah kerajaan negeri.

Friday, March 18, 2016

[Video] Pembelian Rumah Setiausaha Agung DAPig Diselebungi Unsur Rasuah? #LGERasuah


Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Sensible, Ethical Malaysian United Team (SEMUT) hari ini telah membuat satu laporan polis terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung pembelian sebuah rumah dengan harga luar biasa rendah.

Menurut Pengerusinya, Zaparudin Abdul Rahim berkata susulan daripada pendedahan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya di Parlimen semalam, pihaknya mendesak agar satu siasatan dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pemimpin DAP itu.

"Berdasarkan semakan rambang, dan disebut oleh orang ramai, nilai semasa banglo berkenaan adalah sekitar RM6.5 juta.

[Video] Awek Pandu Tren LRT #RapidKL Jadi Viral Di Laman Media Sosial

Kaki Persegi Rumah Mampu Milik Lebih Mahal Dari Rumah Ketua Menteri Pulau Pinang? #LGERasuah


Cuba baca fakta di bawah mengenai perbezaan antara rumah mampu milik rakyat dan rumah Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bila SPRM Nak Ambil Tindakan Terhadap Guan Eng, Fakta Kes Dah Ada #LGERasuah


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di menyiasat bagaimana Ke­tua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng boleh membeli sebuah rumah di Jalan Pinhorn, Georgetown, dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding nilai pasaran semasa.

Datuk Shabuddin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) mendakwa, rumah dengan keluasan tanah 10,161 kaki persegi (943.99 meter persegi) tersebut dibeli Guan Eng pada 25 Oktober tahun lalu dengan harga RM2.8 juta, sedangkan harga pasaran semasa rumah berkenaan ialah dalam lingkungan RM6 juta hingga RM6.5 juta.

Tuesday, March 15, 2016

#AnwarLiwat : Anwar Hanya Berani Saman Rakyat Sahaja, Mengapa Bukan Datuk Eskay?


Allhamdullilah Saya isteri dan anak anak masih lagi mampu tidor lena, makan dan juga keluar beriadah. Cuma cuaca panas sekarang di Malaysia menyebabkan aktiviti luar dikurangkan sedikit 😉

Semalam seperti berita yang tersebar bahawa peguam Dato Seri Anwar Ibrahim, Letheefa Koya dan pihak mahkamah telah hadir ke kediaman Saya bagi menyita rumah dan segala barang barang didalam yang ada ekoran tuntutan gantirugi yang mahkamah putuskan sebanyak RM 800 ribu dan juga kos mahkamah RM 50 ribu yang saya perlu bayar kepada Dato Seri Anwar Ibrahim.

Ini adalah keputusan mahkamah tinggi yang mana dikekalkan oleh mahkamah rayuan Putrajaya. Pihak plantif Dato Seri Anwar Ibrahim menyaman Saya bahawa Saya adalah Papa Gomo yang menfitnah beliau berhubung salah laku homoseksual yang beliau lakukan.

Artis Jerman Ditangkap Menconteng LRT Di Depoh Subang #RapidKL @MyRapidKL @azmiaziz60


Polis Bantuan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah memberkas seorang artis grafiti warga Jerman malam tadi kerana ingin menceroboh masuk ke kawasan Depoh LRT Subang malam untuk menjalankan kegiatan haram itu.

Warga Jerman itu, yang telah diserahkan kepada pihak polis, telah diberkas oleh pasukan khas ‘Ronda & Tangkap’, yang dibentuk khusus untuk membenteras kegiatan artis-artis grafiti yang gemar menconteng tren-tren, stesen dan depot di bawah pengurusan Rapid Rail – anak syarikat Prasarana yang mengendalikan operasi LRT dan monorel Rapid KL.

Desak University of Nottingham Turunkan Potrait Perdana Menteri, Kerajaan Wajar Ambil Tindakan Segera !


Petisyen yang dilakukan oleh Cassandra Chung Li Hooi kepada University of Nottingham supaya "Removing Dato' Seri Najib Razak's portrait at the University of Nottingham"adalah satu penghinaan kepada pemimpin dan negara.

Mohd Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri Malaysia telah dipilih secara demokratik dan mengikut Perlembagaan. Justeru untuk seorang pelajar Malaysia membuat pestiyen sebegini kepada universiti luar negara dan membuat tuduhan-tuduhan yang beliau sendiri tidak pasti kebenarannya adalah satu tindakan pengkhianatan kepada negara.

[Video] Berapa Kali Nak Salam Dengan Sultan Johor - @NajibRazak #RespectMyPM


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya menjawab satu video viral di media sosial memaparkan Sultan Johor seolah-olah enggan bersalam dengan beliau di satu majlis, baru-baru ini.

Dalam video tersebut Sultan Johor kelihatan bersalam dengan banyak pihak yang menanti kedatangan Baginda dalam satu majlis namun tidak menghulurkan tangannya kepada Najib meskipun Baginda kelihatan perasan kelibat Perdana Menteri di situ.

Beza Perdana Menteri Kita & Singapura #RespectMyPM @NajibRazak


Tahukah anda, Lee Hsien Loong anak kepada Lee Kuan Yew memang telah disediakan untuk menjadi Perdana Menteri sejak dari kecil lagi?

Lee mempunyai 3 orang guru Bahasa Melayu peribadi bagi memastikan beliau fasih menggunakan bahasa itu dan tidak kekok untuk bercampur gaul dengan masyarakat melayu termasuklah pemimpin-pemimpin negara nusantara yang mengelilingi Singapura.

Monday, March 14, 2016

#TeksiMini Basmi Sikap Pemandu & Isu Semasa Teksi Terlebih Dahulu !! @AKaprawi


Saya terbaca kenyataan daripada Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi mengenai cadangan memperkenalkan 'Teksi Mini' yang sekarang ini masih di peringkat kajian oleh SPAD. Teksi Mini dikatakan bakal beroperasi untuk jarak perjalanan yang pendek dan singkat.

Menurut Aziz Kaprawi, penggunaan teksi tersebut umpama perjalanan daripada stesen LRT ke rumah pengguna atau dalam erti kata lain dalam pemahaman saya mungkin untuk perjalanan dalam bandar dan anggaran perjalanan teksi mini ini mungkin tidak akan meliputi jarak melebihi 50 km.

Friday, March 11, 2016

Gagal Bersama Pembangkang, Adakah Mahathir Akan Guna Kuasa Asing Jatuhkan PM? #RespectMyPM


Sekiranya kerjasama antara negarawan dan Pembangkang terutamanya DAP tidak menjadi atau berkesan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak, adakah Tun Mahathir dan kuncu² nya akan mencari pilihan lain?

Pilihan lain itu tidak lain dan tidak bukan adalah 'bantuan' dari kuasa asing untuk mencampuri urusan dalam negara dengan objektif menjatuhkan secara paksa Presiden UMNO.

Tuesday, March 8, 2016

Mukhriz Kata Pembangkang Hanya Mahu Jatuhkan Perdana Menteri Saja Bukannya BN


Mukhriz kata deklarasi yang ditandatangani bersama DAPig hanya untuk tujuan menjatuhkan Perdana Menteri sahaja. Mereka dan Pakatan tiada intention nak jatuhkan Barisan Nasional.

Matlamat tersebut dipelopori bapanya, Dr Mahathir ialah hanya supaya Najib berundur sebagai Perdana Menteri. 

Monday, March 7, 2016

PM Jadikan #Prasarana Sebagai Benchmark Kepada Syarikat Tempat Mendapat Peluang Projek Di Arab Saudi


Tersenyum jer baca RT kutukan & sindiran kepada Perdana Menteri walaupun beliau cuba berkongsi mengenai perancangan kerajaan Malaysia di Arab Saudi.

Ini salah satu tugas Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dalam membantu meningkatkan pendapatan negara melalui tawaran tenaga, servis profesional dan kepakaran kepada negara-negara yang mungkin memerlukan perkhidmatan kita.

Thursday, March 3, 2016

Masa Berkuasa Dulu Tun Mahathir Tak Saman WSJ, Tak Sesiapa Tanya Kenapa?


Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mempersoalkan mengapa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyaman seorang bekas editor Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa bekas perdana menteri itu membazirkan sejumlah besar wang semasa pemerintahannya.

"Menurut bekas editor WSJ Barry Wain, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membazirkan kira-kira RM100 bilion sepanjang 22 tahun pemerintahannya," kata Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Menulis di dalam blognya sskeruak.blogspot.com, katanya RM100 bilion dalam 1990 mungkin bernilai RM225 bilion hari ini.

Tuesday, March 1, 2016

Harga Minyak Malaysia Lebih Murah Berbanding Brunei, Rafizi Nak Cakap Apa?


Kedudukan Malaysia di kalangan10 negara harga petrol terendah di dunia.

#Prasarana Yakin Pengiktirafan Diterima Bakal Rangsang Semangat & Keupayaan Pertingkat Kualiti @NajibRazak @azmiziz60


Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) melihat Utusan Business Awards (UBA 2015) sebagai satu inisiatif Kumpulan Utusan yang amat positif bagi merangsang entiti-entiti perniagaan di negara ini untuk terus berkembang, meningkatkan keupayaan dan kredibiliti.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz berkata, anugerah itu bukan saja mengiktiraf kejayaan syarikat, tetapi turut membakar semangat kakitangan selain mempertingkatkan usaha dan komitmen mereka untuk menjadi lebih maju.

Dalam konteks Prasarana, katanya, syarikat merupakan sebuah entiti yang berinspirasi untuk me­lakukan transformasi dalam sistem pengangkutan awam di Malaysia ke arah yang lebih baik.

Andai Cerita Derma Bohong Najib Tak Akan Dibenarkan Datang Ke Arab @NajibRazak #KekalNajib


Seandainya benar Perdana Menteri Datuk Seri NajibTun Razak berbohong dalam perkara berkaitan wang derma politik bernilai RM2.08 bilion yang diberikan keluarga Diraja Arab Saudi, pastinya kerajaan negara itu akan mengharamkan kedatangan Najib ke Arab Saudi ekoran perbuatan jahat itu.

Bagaimanapun beliau kini berada di Jeddah,Arab Saudi dalam rangka lawatan kerja serta dijadualkan akan menghadap Raja Salman Abdulaziz Al-Saud di sana. Ketibaan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disambut oleh Duta Malaysia ke Arab Saudi Zainol Rahim Zainuddin dan para pegawai tinggi kerajaan Arab Saudi.

Jadilah Seperti PakLah


Nama beliau Tun Abdullah Badawi atau dikenali sebagai PakLah, bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5. Berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang.

Beliau pernah dijatuhkan semasa menjadi pemimpin nombor satu negara oleh bukan orang kanannya tetapi mereka yang berada dalam kabinet ketika itu.

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...