Wednesday, March 30, 2016

Australian Broadcasting Corporation (ABC) Memang Berdendam Pada Perdana Menteri @NajibRazak @KBAB51


DOKUMENTARI terbitan Australian Broadcasting Corporation (ABC) menerusi program Four Corners terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan bermotif dendam susulan penahan dua wartawan mereka ketika berada di Malaysia sebelum ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Khalid Abu Bakar berkata, program terbitan stesen televisyen antarabangsa berkenaan sengaja menerbitkan dokumentari bersifat kritikal untuk memburukkan pemimpin dan negara ini kepada masyarakat global.
"Four Corners ini dia berdendam sebab hari tu kita ambil tindakan ke atas mereka di Sarawak kerana melanggar benteng keselamatan, jadi dia nak kaitkan pula Perdana Menteri dengan pembunuhan Anthony Kevin Morais (Timbalan Pendakwa Raya) dan Hussain."

"Bukankah saya sudah jelaskan pembunuhan Hussain Ahmad Najadi (Pengasas Ambank) tiada kaitan dengan 1MDB begitu juga dengan kematian Kevin Morais, Peguam Negara telah sahkan tiada kaitan dengan 1MDB," katanya.

12 Mac lalu, wartawan dan jurukamera Four Corners ditahan selepas mengemukakan soalan kepada Najib mengenai dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi beliau dalam satu sidang media di Sarawak dan dibebaskan pada 14 Mac.

28 Mac, ABC menerbitkan sebuah dokumentari bertajuk 'State of Fear: Murder and Money in Malaysia' yang mengaitkan Najib dengan beberapa kes pembunuhan termasuk Hussain, Kevin Morais dan wanita Mongolia, Al-Tantuya Shariibu.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...