Full Width CSS

Beza Perdana Menteri Kita & Singapura #RespectMyPM @NajibRazak


Tahukah anda, Lee Hsien Loong anak kepada Lee Kuan Yew memang telah disediakan untuk menjadi Perdana Menteri sejak dari kecil lagi?

Lee mempunyai 3 orang guru Bahasa Melayu peribadi bagi memastikan beliau fasih menggunakan bahasa itu dan tidak kekok untuk bercampur gaul dengan masyarakat melayu termasuklah pemimpin-pemimpin negara nusantara yang mengelilingi Singapura.
Tidak hairanlah beliau dipilih sebagai Perdana Menteri iaitu jawatan yang pernah disandang oleh ayahandanya sebagai calon yang cukup sempurna.

Hal ini menyebabkan beliau mempunyai banyak persamaan dengan Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak yang juga merupakan anak kepada Perdana Menteri Ke 2.

Najib Tun Razak sejak umur belasan tahun diminta oleh ayahandanya melawat dari kampung ke kampung untuk membiasakan dirinya bercampur gaul dengan masyarakat sungguhpun beliau ketika itu adalah merupakan anak kepada pemimpin utama negara.

Kini mereka berdua berganding bahu membentuk hubungan dua hala secara collective hingga dikatakan ia telah mencapai tahap yang paling baik dalam sejarah hubungan 2 negara berjiran ini.

Post a Comment

0 Comments