Full Width CSS

Peniaga Pasar Malam Di Kuala Lumpur Mulai Terima Kanopi, Meja & Apron Percuma #JanjiDikota @TengkuAdnanReal


Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melancarkan Program Transformasi Pasar Malam bagi menaik taraf sistem pengurusan dan imej perniagaan itu.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata pihaknya dan DBKL akan memberikan beberapa barangan logistik secara percuma kepada peniaga yang layak. 

"Kita memutuskan untuk memberi kanopi, meja dan apron secara percuma kepada peniaga terbabit dalam program transformasi ini bagi memberi imej berbeza kepada pengunjung pasar malam.

"Susulan bantuan itu, saya berharap peniaga dapat menjaga kebersihan tapak perniagaan, selain menjual dengan harga berpatutan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan program itu di Dewan Rumah Pangsa Awam PKNS, di sini hari ini.


Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pembangunannya, Datuk Mohd Sani Mistam; Pengarah Eksekutif (Perancangan) DBKL, Datuk Mohd Najib Mohd dan Pengarah Pelesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff.

Ketika ditanya mengenai status peniaga yang masih gagal mendaftar, Tengku Adnan, berkata pihak terbabit perlu meneliti permasalahan dihadapi peniaga, selain menerangkan secara terperinci objektif transformasi itu.

"Kita tahu ada beberapa pihak masih berdegil. Jadi, kerajaan dan DBKL perlu lebih prihatin untuk berbincang dengan mereka mengenai kebaikan pendaftaran itu.


"Setakat ini, pasar malam di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Taman Melati, Taman Sri Rampai, Jalan Ang Seng dan Taman Desa sudah berjaya melakukan transformasi ini.

"Saya mempunyai keyakinan peniaga di lokasi lain akan memberi kerjasama terhadap pelaksanaan baharu ini," katanya.

Post a Comment

0 Comments